Monday, November 30, 2009

JADUAL BP-BISNES PRESENTATION BULAN DECEMBER2009


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini.

Kita sudah berada di bulan terakhir pada tahun 2009. Cuba lihat kembali apa yang dah berlaku sepanjang 11bulan yang lalu kepada kehidupan anda. Adakah bertambah lebih baik? Adakah semakin berkurangan kualiti hidup anda? Adakah azam-azam atau apa yang anda inginkan pada tahun ini sudah tercapai?

Adakah pendapatan anda semakin bertambah? Adakah lebih matang dalam hidup? Berapa banyak kawan baru yang boleh membimbing anda ke arah kejayaan yang anda jumpai? Berapa banyak buku-buku yang and abaca untuk memperbaiki diri (self-improvement or self development)?

Seharusnya anda renung kembali apa yang dah berlaku. Setiap manusia inginkan kemajuan atau perubahan hidup yang lebih baik dan berkualiti. Takkan nak biarkan hidup anda berlalu begitu sahaja tanpa perancangan dan strategi.

Seharusnya anda jangan biarkan hidup tanpa matlamat kerana hidup tanpa matlamat umpama kapal di lautan tanpa arah tujuan. Seharusnya juga matlamat tersebut MESTI ditulis di atas kertas agar anda sentiasa boleh baca dan ingatkan diri anda supaya menuju matlamat hidup anda. Matlamat mungkin dalam pelbagai item, spt kereta baru, rumah baru, pendapatan sampingan , simpanan wang, pelaburan dan lain-lain. Tuliskan matlamat tersebut. Itu yang PENTING.

Baiklah, kami di dalam perniagaan network marketing Alpha Lipid Lifeline ini sudah melalui fasa perubahan yang begitu drastic sepanjang 11 bulan pada tahun 2009 ini. Ramai yang mendapat pendapatan sampingan berpuluh ribu malah ada yang mampu membina kekayaan yang banyak selain menjadi insane yang sihat walafiat dengan meminum Alpha Lipid Lifeline sebagai Sarapan Pagi.

Jika anda bersama kami, takkanlah hidup anda tak berubah, selain bimbingan dan tunjuk ajar dari millionaire coaches di dalam bisnes kami ini, anda mempunyai produk kesihatan yang unggul dan mampu merubah hidup anda dengan peluang perniagaan yang tiada risiko ini.

Baiklah sekiranya anda hendak bersama-sama kami, amat kami alu-alukan. Usah ragu lagi! Ikut sahaja! Join dulu! Anda boleh datang ke tempat-tempat bisnes presentation (BP) yang seperti berikut:

1 Disember Selasa 8.30mlm Seremban Hotel Seri Malaysia

2Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

5Disember Sabtu 3ptg Tawau, Sabah at Hotel Heritage

6Disember Ahad 3ptg Kota Kinabalu,Sabah Theater Room Marina Sutera Harbour

7Disember Isnin 8.30mlm KL- Sri Damansara Club

8DisemberSelasa 8.30mlm Bangi di Bilik Orkid, Bangi Golf Resort

9Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

10Disember Khamis 730mlm JAKARTA-Hotel Manhattan, Jakarta Pusat

11Disember Khamis 730mlm KUCHING, Sarawak di Hotel Hilton

11Disember Jumaat 3ptg MEDAN, Indonesia-Hotel Garuda, jln Glugor

12Disember Sabtu 3ptg SIBU, Sarawak (tempat akan diberitahu kelak)

13 Disember Ahad 3ptg MIRI, Sarawak di Everly Hotel

14 Disember Isnin 8.30mlm KL- Sri Damansara Club

16Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

18Disember Jumaat 3ptg Sg Petani, Kedah di Hotel Emerald Puteri

19Disember Sabtu 3ptg Penang, perpustakaan negeri seberang jaya

21Disember Isnin 8.30mlm KL- Sri Damansara Club

22DisemberSelasa 8.30mlm Bangi di Bilik Orkid, Bangi Golf Resort

23Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

27Disember Ahad 3ptg Batu Pahat, Johor di Hotel Caterina

27Disember Ahad 9mlm Johor Bharu, Johor di Hotel Tropical Inn

28Disember Isnin 8.30mlm KL- Sri Damansara Club

30Disember Rabu 8.30mlm KL-Wisma Sejarah Tingkat 2

Gunakanlah functions BP ini untuk ajak kawan-kawan anda mengubah kehidupan mereka kea rah lebih baik!

See you there!

Sekian dulu

Wan Hamidi Wan Sulaiman

0193355279


 


 


 


 


 


 


 


 


 

Thursday, November 26, 2009

pautan/link terbaru berkenaan kesihatan.

Hari ini saya cipta satu pautan/link terbaru di laman blog ini. Sila klik di laman "Links to Other Bloggers/Sites" terbaru! Laman Kesihatan Sana Sini

Tujuan laman blog ini adalah untuk maklumat terkini beberapa topik berkenaan kesihatan untuk kegunaan para pembaca blog sekalian.

Anda juga boleh terus capai ke laman blog dengan clik http://e-sihat866.blogspot.com

Sekian

Wan Hamidi

Selamat Hari Raya Aidil Adha!



Khamis 26November2009 bersamaan 9Zulhijjah 1430

Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua warga bisnes Alpha Lipid Lifeline dan para pembaca blog saya yang budiman.

Semoga musim cuti ini kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Ingatlah kita perlu melakukan sesuatu yang penuh bermakna dalam hidup kita sampai orang akan ingat kita sampai bila-bila seperti pengorbanan Nabi Ibrahim a.s ketika dulu. Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s menjadi contoh kepada semua umat sampai ke saat ini.

Saya bukanlah mengajak anda berkorban dan berjihad seperti Nabi, paling tidak anda bekerja keras, berjihad untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga anda yang tercinta. Sekurang-kurangnya selepas pemergian kita, anak-anak dan isteri/suami akan terbela hidup mereka.

Marilah juga kita sama-sama membawa misi menolong orang menjauhi penyakit dengan mengamalkan Alpha Lipid Lifeline sebagai Sarapan Pagi dan menolong seramai mungkin orang lain menjauhi kemiskinan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian

Wan Hamidi & Siti Syakirah sekeluarga
Kuala Lumpur, Malaysia

Monday, November 23, 2009

Testimoni Diabetic Foot dan Bayi Jantung Berlubang.


Isnin 23November2009

Saya ingin berkongsi beberapa testimoni terkini yang saya dengar dan lihat sendiri ketika melakukan bisnes presentasi Alpha Lipid.

1) yang pertama- Bayi Jantung berlubang.
Semalam di Pulau Pinang ketika menjadi presenter saya memanggil Encik Zul, isteri dan anaknya berumur 8bulan yang menghidapi masalah jantung berlubang dan beberapa masalah organ lain. Pada awalnya kisah anak encik Zul terpapar di harian metro pada bulan Ogos yang lalu, dan kemudian ada ejen Alpha Lipid menelefon beliau supaya mencuba produk Alpha Lipid Lifeline. Sebelum ini Doktor ingin melakukan pembedahan ke atas bayi tersebut, tetapi sejak minum Alpha Lipid lebih 2 bulan, kini bayi tersebut kelihatan sihat dan cergas dan kini doktor kata tak perlu bedah! Sebab babynya dah sihat! Alhamdulillah. Cara Encik Zul bagi kepada bayi beliau ialah, beliau ambil satu scup Alpha Lipid dan digoncang guna botol susu bersama air sejuk/dingin, kemudian di beri minum 2 kali sehari. Ternyata bayinya sihat!

2) yang kedua -Testimoni Diabetic Foot (Kaki Berlubang akibat Diabetic Gangrene)

hari rabu yang lalu ketika saya memberi presentasi di KL saya diberikan nama untuk dipanggil untuk testimoni. Encik Baharin dari KL adalah pesakit kencing manis dan mengalami masalah diabetic foot-yang mana kakinya berlubang dan apabila pergi berjumpa doktor maka doktor menyarankan supaya kaki beliau diPOTONG! Nasib baiklah ada rakan beliau menyarankan Alpha Lipid untuk mengatasi masalah gangrene tersebut (seperti gambar di atas). Biasanya bacaan gula dalam darah Encik Baharin adalah 20mmol/l iaitu amat tinggi dan merbahaya. Pada awalnya beliau cuba minum Alpha Lipid 2scup 2 kali sehari sahaja, tapi tak turun jugak paras gula! Lantas, rakannya menyarankan ambil 2scup setiap 4jam! (maksudnya minum 6 kali sehari!) selepas beberapa hari Alhamdulillah luka gangrene semakin mengecil dan daging/isi kaki tumbuh semula! Beliau naik ke pentas masih lagi ada kaki dua-dua belah! TAK JADI POTONG!!

Anda mungkin tidak percaya apa yang saya ceritakan di sini, tapi itulah REALITInya! Anda perlu hadir sendiri di majlis Bisnes Presentasi Kami sebab biar anda dengar dan jumpa sendiri dengan penyampai testimoni-testimoni!

Seeing is believing! Bukan ilusi, tetapi realiti! Bukan rekaan, ianya NYATA!

Produk Alpha Lipid Lifeline ini memang terbukti BAGUS dan BERKESAN!!

Sebab itulah saya sentiasa bersemangat dan sentiasa ingin berkongsi kebaikan produk ini kepada sesiapa yang saya jumpa, semoga saya dapat membantu mereka menjadi lebih sihat.

Sekian dulu dari saya

Wan Hamidi
Love The Product! Love Yourself! Love to Help Others!

Tuah pada hari Royalti 15November2009 Ahad




Sambungan cerita pada hari Royalti 15November 2009 yang lalu.

Banyak perkembangan yang lebih baik berlaku pada royalti yang lalu berbanding majlis royalti yang kali pertama dulu di Kota Bharu pada 15Mac2008.

Pada royalti yang lalu (15Nov09), ada beberapa cabutan bertuah hadiah WANG TUNAI ! dan yang paling BEST ada cabutan bertuah sebuah kereta Perodua VIVA dan Sebuah kereta Proton EXORA!

Tahniah kepada penerima cabutan bertuah, dengan hanya tiket masuk rm20 sahaja mereka bertuah mendapat wang tunai sekecil rm1000 hingga rm5000 ! dan dua buah kereta baru!!!

Kini bisnes Alpha Lipid semakin maju maka pihak syarikat amat berbesar hati menganugerahkan hadiah hujung tahun 2009 ini.

1. Ada penerima cabutan wang tunai berjumlah rm3000, mereka datang dari Kuching Sarawak, memang berbaloi datang!!
2. Ada downline saya dapat duit cabutan bertuah rm1000!
3. Tahniah kepada Encik Rio dan isteri dari KL yang menerima cabutan paling BERTUAH sebuah kereta Perodua VIVA!!
dan yang paling istimewa
4. Tahniah kepada Puan Latifah dan Encik Rashid dari Sri Damansara KL yang menerima cabutan paling BERTUAH mendapat sebuah kereta Proton EXORA!!

Tahniah Tahniah diucapkan kepada mereka. Next time jika anda datang ke majlis royalti pada bulan May2010 nanti datanglah ramai-ramai ye!

Saya terserempak dengan satu rombongan bas yang datang dari Taiping Perak! Tahniah datang walaupun jauh dari utara.

Seeing is BELIEVING! Itulah yang kami mahu, anda lihat anda percaya!

Selain itu saya ingin mengucapkan tahniah buat semua penerima Royalti Bonus, tak kiralah kecil atau besar, syukurlah kepada ilahi.

Moga anda terus berusaha bersama-sama kami mencapai royalti yang akan datang yang pasti lebih menarik dari majlis royalti baru-baru ini.

Malam GALA DINNER baru-baru ini amat meriah sekali dengan persembahan oleh MC Helmi Gimmick!

Tahniah!

Sekian

Wan Hamidi
Diamond Executive

Thursday, November 19, 2009

Cerita Royalti Konvensyen kali ke-5 15Nov09


Jumaat 20November 2009

Maafkan saya agak lambat update blog ini kerana kesibukan dengan pelbagai tugasan. Alhamdulillah pada hari Ahad lepas 15November2009 telah diadakan majlis Royalti Konvensyen yg kali ke-5 sejak saya bersama bisnes Alpha Lipid ini.

Perlu anda tahu bahawa bonus ROYALTI yang dibayar pada hari Ahad lalu adalah merupakan bonus EXTRA yang dibayar kepada para ahli Alpha Lipid yang layak. Bonus bulanan tetap dibayar mengikut jualan/PV dalam kumpulan masing-masing.

Bonus Royalti kali ini dikira dari jualan ahli baru yang join dari bulan Julai hingga Oktober 2009 (4bulan sahaja) yang dikira dalam 4 generasi sahaja.

Ada yang dapat banyak dan ada yang dapat sikit bergantung kepada prestasi masing-masing.

1) Ada yang dapat uncang biru (jualan 300tin grup) mendapat rm800 extra!
2) Ada yang dapat uncang merah (jualan 600tin grup) mendapat rm3000-RM8000 extra!
3) Ada yang dapat uncang emas (jualan 1200tin grup) mendapat rm5000-RM12000 extra!
4) Ada yang dapat briefcase (jualan 2300tin grup) mendapat lebih dari RM12000 extra , malah ada yang dapat RM100,000 EXTRA bonus!!

kira ok lah dapat bonus EXTRA dihujung tahun ini, alhamdulillah serba sedikit boleh mengurangkan bebanan kewangan keluarga! DUIT INI adalah REALITI!! Bukan ilusi atau cakap cakap kosong aja.

Ada beberapa kategori penerima royalti pula:

1) ada yang kali pertama terima royalti sebab baru join, terus dapat briefcase! Tahniah!
2) ada yang dulu pernah dapat briefcase tapi kini dapat uncang, takperlah at least dapatlah juga duit extra!
3) ada yang konsisten kali ini dapat sama macam dulu jugak, dulu uncang emas, kini uncang emas! dulu briefcase kini pun dapat briefcase!

Yang penting anda perlu membina perniagaan baru (buka line baru setiap kali royalti period dikira) , jangan ada yang jadi macam ayahpin, dia sorang je dapat royalti yang banyak! Habis semua downline dia dapat ciput je! Dialah kononnya 'leader' yang hebat.

Leader yang bagus ialah leader yg konsisten dapat royalti briefcase dan berupaya membantu kumpulannya menerima wang royalti yang banyak juga.

Walaupun saya ditabalkan sebagai KING baru dan isteri saya sebagai QUEEN baru sebenarnya kami bukanlah mengejar 'personal glory', tetapi kami membina 'team glory'-membina pasukan yang hebat. Hebatnya kami kerana hebatnya team kami.

Saranan saya ialah anda perlu betul-betul membantu grup anda supaya berjaya bersama-sama dan kejayaan diraih bersama-sama.

Jangan ikuti 'leader' yang tamak haloba dan yg pentingkan diri sendiri, yg egoistik, yg kedekut dan sememangnya leader macam ini sebenarnya bukan leader, mereka hanya 'perosak' yang bahaya.

Kami dalam kumpulan ini , tidak boleh menerima mereka yang bersifat demikian dalam kumpulan kami sebab kami membina pasukan yang ikhlas membantu orang lain jadi sihat dan membantu mereka membina kekayaan bersama kami, selagi mereka tidak putus asa berusaha.

Saya akan cuba sedaya upaya menjadi contoh tauladan kepada para pengikut saya supaya membina empayar perniagaan berkembang ke seluruh ASIA.

Sekian coretan saya pada kali ini.

WAN HAMIDI

Monday, November 16, 2009

Royaltiy Konvensyen Yang Tidak dapat Dilupakan!








Ahad lepas 15Nov2009 di Sunway Convention Center berlangsungya majlis pembahagian BONUS ROYALTI kepada para usahawan bisnes Alpha Lipid Lifeline, syukur ramai yang mendapat BONUS EXTRA di hujung tahun ini!

Saya uploadkan beberapa gambar semasa royalti tersebut, nanti saya akan sambung coretan saya di sini.

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan dorongan kepada kami sehingga tak sangka juga kami ditabalkan "THE NEW KING and QUEEN" yang baru.

Sekian,

WAN HAMIDI & SITI SYAKIRAH
The New KING & QUEEEN of Alpha Lipid Lifelibe business partners.
(tak sangka la pulak jadi begini!)

Saturday, November 14, 2009

Selamat Datang ke Majlis Royalti di Sunway Ahad 15Nov09!






Ahad 15November2009 837am

Hari ini merupakan hari penting untuk ramai ahli perniagaan NZ New Image Sdn Bhd yg bakal menerima WANG BONUS ROYALTI mereka di Sunway Convention Center, Subang Jaya, Selangor. Lebih daripada 500 orang bakal menerima WANG BONUS ROYALTI pada hari ini.

Ramai yang datang dari luar dari kota KL, ada yg datang dari Sabah dan Sarawak dan ada yang datang dari luar negara spt Indonesia, Singapura, Thailand, Jepun dan Filipina.

Acara Hari ini adalah acara yang berbeza dengan syarikat lain, semalam sewaktu berada di lobi hotel Sunway Resort saya terserempak dengan ramai ahli sebuah syarikat MLM yg mengadakan Annual Dinner mereka di sana. BEZA utama syarikat kami dengan yang lain, ialah BONUS ROYALTI di bayar BER-BEG BEG! Mana ada syarikat lain bayar bonus BERBEG-BEG!

BONUS ROYALTI ini adalah dibayar setiap 6bulan sekali ini memang cukup banyak! Ada yang dapat BERATUS RIBU dan ada yang dapat BERPULUH RIBU!! Yang dapat beribu tu, kira OK lah dapat extra income!

Untuk para hadirin, kami sediakan WANG TUNAI berjumlah RM40,000 CABUTAN BERTUAH untuk semua orang termasuk yang bukan ahli! Dan pada acara kali ini, kita ada buat cabutan bertuah SEBUAH KERETA PERODUA VIVA!! PERCUMA!!!

Untuk cabutan bertuah wang tunai, paling sedikit cabutannya ialah RM1000!! So pada hari ini lebih baik anda berada di sana daripada anda lihat tv di rumah sebab manalah tau anda BERTUAH dapat wang cabutan bertuah atau bertuah dapat kereta VIVA tu!

Siapalah yang bertuah tu! Saya pun nak jika dapat kereta tu!!

Acara Royalti Konvensyen diadakan dari jam 2ptg hingga jam 530ptg. Manakala acara sebelah malam pula adalah GALA DINNER untuk para penerima wang Royalti dan juga terbuka kepada semua dengan tiket dinner berjumlah rm200 (dpt free satu tin Alpha Lipid) dan ada cabutan bertuah juga!!!

Untuk sebelah malam, ada cabutan bertuah SEBUAH PROTON EXORA!! DAN cabutan bertuah WANG TUNAI RM20,000!!!

MasyaAllah banyaknya rezeki di sini, anda patut hadir sendiri pada hari ini, lihat sendiri, rugi jika anda tidak datang, tiket-tiket masuk masih boleh diperolehi di pintu masuk dewan atau hubungi leader anda! Atau jika anda kali pertama mahu tahu berkenaan bisnes ini, sila hubungi saya Wan Hamid di talian 0193355279.

Selamat datang ke ROYALTI KONVENSYEN DI SUNWAY PYRAMID CONVENTION CENTER sesi siang 2ptg-530ptg dan GALA DINNER 730mlm-1030mlm.

This is a LIFE CHANGING EVENT, please be there if you want to change your life into better future!

SALAM KEJAYAAN dari saya

WAN HAMIDI WAN SULAIMAN
DIAMOND EXECUTIVE

Tuesday, November 10, 2009

Salah Tanggapan Terhadap Pasaran -"Pasaran dah TEPU"




Selasa 10November2009

Alhamdulillah saya baru pulang dari "short vacation break" di luar negeri, dapatlah merehatkan tubuh badan dan minda sambil-sambil melihat tempat orang lain. Jika dulu tidak mungkin saya dapat bercuti ke luar negeri dengan duit sendiri, tapi sejak memilih "profesion" ini saya punya masa dan wang untuk hidup yang lebih berkualiti.

Kasihan kepada mereka yang tidak mempunyai peluang bercuti ke luar negara bukan tidak punya wang tapi kerja mereka dan boss mereka mengekang apa yang mereka perlu buat. (macam biasa je ayat ni!). Mungkin rezeki anda lebih baik jika ikut bersama kami dalam perniagaan network marketing Alpha Lipid Lifeline ini.

Oklah tajuk saya pada hari ini - "PASARAN TEPU atau SATURATED MARKET".

Ramai yang salah tanggap apabila lama kelamaan pasaran bisnes produk Alpha Lipid Lifeline yang kami buat ini semakin hari semakin susah nak buat kerana dah ramai sangat orang jadi ahli atau dah ramai yang dah minum, sebenarnya tanggapan mereka SALAH!

Sebenarnya tiada istilah "TEPU" dalam sesuatu pemasaran produk, ini adalah kerana beberapa sebab:

1. setiap tahun beratus ribu penduduk Malaysia bertambah!
2. produk Alpha Lipid Lifeline ini baru sahaja 2 tahun lebih dipasarkan, ramai lagi yang belum tahu, jika ada yg tahu, ramai lagi belum tahu pasal potensi bisnes.
3. tiada istilah TEPU kerana, contohnya syarikat AMWAY yang merupakan Pioneer dalam network marketing masih lagi wujud selama 40tahun di pasaran Malaysia.
4. tiada istilah TEPU kerana, contohnya syarikat MAXIS yang bersaing dengan DIGI, CELCOM, TM, dan lain-lain pun masih punyai strategi untuk tembusi pasaran dan sentiasa kreatif dalam mengembangkan 'market share'.

Contohnya saya ambil petikan kata-kata CEO Maxis berkenaan salah tanggapan pasaran tepu kerana jika ikut statistik 'market penetration is 100% now among mobile operators"

Maxis group CEO Sandip Das said Malaysia’s demographics — where population is growing at a healthy 2% a year and some 50% of the population are below the age of 25 — show there is ample growth potential in the local market, despite mobile phone penetration already exceeding 100%.

“We are a mature market, but not necessarily a saturated market… there is also tremendous potential in data and broadband,” Sandip had said after Maxis’ prospectus launch on Oct 28.


Seperti kata CEO Maxis, pasaran bukanlah TEPU tetapi pasaran adalah MATANG!
Matang bermaksud pasaran adalah kompleks dan pengguna punyai lebih kebebasan memilih produk dan masih ada ruang untuk perkembangan pasaran.

Janganlah anda mendengar 'tukang penasihat yang SALAH' kerana memberi nasihat yang salah berkenaan pasaran Alpha Lipid Lifeline.

Pada pendapat saya, produk ALPHA LIPID LIFELINE merupakan satu-satunya produk KOLOSTRUM yang UNIK, dan Paling Tinggi KUALITInya dan masih baru di pasaran Malaysia, dan seluruh pasaran negara jiran kita.

Setakat ini di pasaran MALAYSIA, Alpha Lipid Lifeline merupak "TOP selling colostrum" , dan produk ini bukanlah produk "CAP AYAM", ianya pernah memenangi bukan sekali, bukan dua kali, tapi 3 kali menang ANUGERAH EKSPOT dari kerajaan New Zealand. Kira produk ini "WORLD CLASS" lah! Sebab itu syarikat New Image dengan bangganya meletakkan logo "Fern Mark" di tin Alpha Lipid Lifeline.

Produk kesihatan lain ada anugerah sehebat ini? Anugerah Ekspot dari kerajaan pengeluar kolostrum terbesar di dunia, New Zealand, sebuah kerajaan penternak lembu terbesar di dunia!

Ramai yang saya jumpa belum tahu lagi tentang produk ini, terpulanglah kepada cara kita menceritakan kepada mereka. Anda perlu kreatif menangani persoalan mereka, agar mereka mencuba produk ini.

Lagi sekali saya tekankan sebenarnya TIADA ISTILAH TEPU dalam memasarkan sesuatu produk, jadi patut anda teruskan usaha menceritakan kebaikan produk Alpha Lipid Lifeline kepada sesiapa sahaja dan anda mesti "cinta" akan produk ini.

Sekian dulu buat kali ini, kepada para penerima ROYALTI BONUS yang akan anda terima pada 15hb November ini, selamat datang ke Kuala Lumpur, semoga rezeki anda bertambah banyak dan hidup anda lebih bermakna lagi.

Sekian, Wassalam.

Wan Hamidi
Pelopor Pasaran Alpha Lipid Lifeline

Thursday, November 5, 2009

Senarai Penerima Royalti Telah pun ada!


Khamis 5 November 2009

Tadi lebih kurang jam 2petang, saya berada di Ofis NZ New Image KL, secara kebetulan salah seorang staff menampal di dinding senarai nama penerima Royalti yang akan diberikan BONUS ROYALTI pada 15hb November nanti.

Kali ini 29 orang bakal menerima duit dalam briefcase, 41 orang lagi menerima Gold Sash, 91 orang penerima Red Sash dan hampir 300 menerima Blue Sash.

Maknanya RAMAI yang mendapat pendapatan lumayan setiap kali Royalti Convention.

Senarai tersebut akan di upload di laman website http://www.newimageasia.com.my (clik news update)

Pastikan sesiapa yang layak dapat royalti, anda harus beli tiket gala dinner pada 15hb November 2009 (malam)

Sekian harap maklum

WAN HAMIDI

Wednesday, November 4, 2009

Bacalah Buku Ini Jika Anda Mahu Berjaya! Mahu Financial Freedom!



Khamis 5 November 2009

Bacalah BUKU ini "THE ULTIMATE GUIDE TO NETWORK MARKETING" oleh Dr. Joe Rubino Terbitan Wiley.

Jika anda mahu BERJAYA seperti saya mendapat LONG TERM RESIDUAL INCOME dan BERJAYA dalam perniagaan Multi-Level Marketing atau Network Marketing, saya amat-amat menyarankan anda membaca buku-buku berkenaan profesion ini, banyak buku-buku yang menjadi rujukan saya untuk berjaya dalam karier ini.

Saya sentiasa membaca buku-buku yang ditulis oleh penulis-penulis yang hebat yang mana mereka menulis dari pengalaman mereka bukannya menulis berdasarkan teori semata-mata.

Buku-buku ini menjadi inspirasi dan rujukan untuk saya berjaya dalam bisnes ini, sebab itu apabila saya berjumpa macam-macam orang dalam menjalankan bisnes ini, mereka kononnya menasihati saya dengan macam-macam cadangan, saya hanya dengar (be a good listener) sahaja, kadang-kadang langsung pun tak boleh pakai cadangan mereka tu, saya percaya dengan ilmu yang saya pelajari dari buku-buku yang saya beli dan juga dengan khidmat nasihat dari upline saya maka saya jadikan panduan yang saya perolehi untuk berjaya.

Biasanya kita ketahui, jika NAK BERJAYA kena IKUT ORANG YANG DAH BERJAYA.

So sekiranya anda serius hendak berjaya dalam bisnes MLM/Network Marketing, saya sarankan anda 'melabur' dengan membeli dan membaca buku-buku berkenaan bisnes ini.

Buku "THE ULTIMATE GUIDE TO NETWORK MARKETING" oleh Dr. Joe Rubino Terbitan Wiley adalah antara koleksi bahan rujukan saya yang saya telah beli pada 28 Jun 2006 di MPH MidValley dengan harga RM63.60. (Ini kira pelaburan ke atas pembinaan diri saya sendiri-membina diri untuk berjaya).

Di dalam buku tersebut ada 37 orang JUTAWAN network marketing yang berkongsi ilmu dan pengalaman mereka membina kekayaan melalui perniagaan jenis ini.

Anda harus pergi ke bookstore dan dapatkan satu salinan untuk anda, terus beli dan baca! Terus aplikasi (amalkan) tips-tips yang diajar, saya JAMIN jika sekiranya anda ikut tips-tips yang diajar pasti anda akan berjaya seperti mereka berjaya!!

Selamat Melabur Ke Atas Diri Anda dan Selamat Berjaya.

Sekian

Wan Hamidi
Diamond Executive

Sunday, November 1, 2009

Beza Ubat vs Makanan Semulajadi

Ahad 1November 2009

Ramai yang salah sangka bahawa produk Alpha Lipid Lifeline atau makanan kesihatan yang lain bersifat seperti UBAT! Sebenarnya jauh perbezaannya!!

Saya sebagai Ahli Farmasi professional yang menuntut ilmu selama 4 tahun di universiti dan kemudian bekerja di bidang farmasi komuniti ingin memberikan sedikit pendapat berdasarkan sedikit ilmu yang saya ada berkenaan ubat-ubatan moden.

MAKANAN SEMULAJADI:

1. makanan semulajadi seperti nasi, roti, daging,ikan dll adalah MAKANAN dan TIADA kesan sampingan atau risiko bahaya kepada badan anda.
2. ia bukan sekadar untuk menghilangkan lapar dan dahaga (air) tetapi membantu membina tubuh badan yang sihat secara semulajadi
3. Makanan Semulajadi boleh diperoleh di mana-mana tanpa kebenaran doktor

UBAT-UBATAN:
1. Drug/ubat adalah bahan asing dan sebenarnya ada RISIKO side effects ke atas badan anda.
2. Drug memberikan kesan langsung ke atas sistem badan anda dan ia perlu digunakan atas nasihat secara professional dari doktor/ahli farmasi.
3. Sesetengah ubat yang berdaftar didapati merbahaya malah boleh mengakibatkan kematian kepada pengguna.

Kesimpulan yang NYATA antara UBAT vs Makanan Semulajadi ialah pengambilan UBAT memang ada RISIKOnya! Manakala pengambilan makanan semulajadi tiada langsung ancaman bahaya!

Saya pelik apabila sesetengah doktor yang tidak memahami pemakanan semulajadi menolak produk semulajadi seperti ALPHA LIPID sedangkan kita ketahui bahawa penjagaan kesihatan melalui pemakanan berfungsi (functional food) adalah penting juga untuk menstabilkan kesihatan pesakit.

Mungkin doktor tersebut tidak meluas pengetahuannya tentang pemakanan semulajadi.

Saya kasihan apabila melihat sesetangah orang pesakit yang 'terpaksa' memakan pelbagai jenis ubat untuk 'maintain' kesihatan mereka,dan mereka 'terpaksa' makan ubat-ubatan tersebut seumur hidup mereka!! Not a good strategy to maintain health or wellness!

Dunia sudah berubah, zaman ini kita bukan lagi hanya bergantung kepada ubat semata-mata untuk mengubati penyakit dan manusia bukan lagi makan dan minum untuk sekadar hilang lapar dan dahaga, mereka perlukan makanan berfungsi (functional food) yang boleh membantu merawat penyakit yang ada di dalam badan mereka secara semulajadi dan selamat!

Alpha Lipid Lifeline adalah produk makanan kesihatan semulajadi bebas dari BAHAYA dan ianya BUKAN UBAT! Makanan semulajadi sebenarnya berada dalam kategori WELLNESS PRODUCT- pencegahan dan 'maintenance' kesihatan, manakala UBAT pula berada dalam kategori "SICKNESS product" -yang digunakan oleh orang apabila jatuh sakit. Jauh bezanya tu!

So anda jangan takut nak amalkan minum Alpha Lipid Lifeline ini kerana ia merupakan pemakanan semulajadi yang SELAMAT dan AMAT BERFAEDAH untuk kesihatan kita semua.

Sekian

Wan Hamidi
Ahli Farmasi

Pentingnya Konsisten dalam perniagaan ini dan keep focused!

Konsisten atau Istiqamah adalah penting dalam menentukan kejayaan!

Ramai yang tidak konsisten dalam perjuangan dan ramai yang mudah kecewa apabila menerima banyak rejection, dan ramai juga kecundang apabila ada penurunan dalam jualan perniagaan.

Sebenarnya apa jua keadaan bisnes, turun atau naik adalah perkara biasa dalam perniagaan tetapi sebenarnya jika bisnes anda turun sikit, anda sebenarnya bukan kembali kepada 'zero', sebenarnya anda menjadi lebih mahir selok belok perniagaan ini berbanding ketika mula-mula buat bisnes ini.

Ada yang berpaling tadah atau quit setelah melihat bisnes menurun walhal sebenarnya setelah turun pasti bisnes akan NAIK lagi dan jika naik kali ini pasti akan tidak kembali turun kepada zero.

Ramai yang saya lihat TIDAK KONSISTEN membuat perniagaan ini, apabila grup naik sendiri mereka dah rasa selesa (in the comfort zone) "saya tak buat apa-apa pun boleh dapat rm6000 sebulan" ini kenyataan yang bahaya sebenarnya. Lantas mereka tidak bantu grup lagi malah tidak bawa orang baru (bisnes baru lagi) maka sudah pasti bisnes akan kecundang nanti.

Oleh itu pasti anda mesti konsisten membina perniagaan ini, bantu seramai mungkin orang menjadi sihat dan bantu mereka mendapat pendapatan sampingan melalui bisnes ini.

Samalah seperti seorang ahli sukan yang berjaya seperti Michael Jordan atau Tiger Woods, mereka ini konsisten berlatih setiap hari setiap minggu dan tidak jemu dan sentiasa memperlengkapkan diri dengan latihan demi latihan dan fokus kepada GOAL mereka sebab itu lah mereka menjadi JUARA, JUARA DUNIA dan menjadi Ahli SUKAN yang TERKEMUKA di DUNIA!.

Anda pun boleh berjaya sama seperti mereka asalkan anda KONSISTEN dengan USAHA anda, pasti anda akan berjaya!!

Sekian nukilan saya.

Wan Hamidi

Update: Jadual BP-Bisnes Presentasi Bulan November 2009.


Assalamua'alaikum buat semua, hari ini dah bermula bulan November 2009, bulan yang amat PENTING kerana pada 15hb November nanti ramai yang bakal menerima WANG BONUS ROYALTI. Sesiapa yang konsisten membina perniagaan ini pasti bakal menerima WANG BONUS ROYALTI di dalam BEG lagi sekali yang berjumlah melebihi RM20,000 sehingga RM400,000!!

BONUS Hujung tahun la katakan! Better lah dari orang lain yang merungut tak dapat bonus langsung dari majikan!

Ok baiklah berikut jadual tentative Bisnes Presentartion ALPHA LIPID LIFELINE untuk seluruh Malaysia dan termasuk Medan, Indonesia.

2/11 Isnin Sri Damansara Club, KL 830mlm
4/11 Rabu Wisma Sejarah KL 830mlm
6/11 Jumaat Kuching Hilton Hotel 730mlm
7/11 Sabtu Kota Kinabalu -theatre room Marina Golf Sutera Harbour 2.30ptg
8/11 Ahad Sandakan -Sandakan Hotel 2.30ptg
9/11 Isnin Sri Damansara Club KL 830mlm
10/11 Selasa Bangi Golf Club -Orchid Room 830mlm Bangi
11/11 Rabu Wisma Sejarah KL 830mlm
12/11 Khamis MEDAN, Indonesia di Restoran Garuda, Jln Glugur 3ptg
15/11 Ahad ROYALTI EVENT (RM20) jam 2ptg terbuka utk semua
ROYALTI GALA DINNER (RM200 dpt Free Alpha Lipid satu tin) utk penerima Royalti dan juga kepada sesiap sahaja yang nak cabutan BERTUAH Proton EXORA!


16/11 Isnin Sri Damansara Club KL 830mlm
18/11 Rabu Wisma Sejarah KL 830mlm
21/11 Sabtu Kedah Sg Petani 3ptg di Emerald Puteri Hotel
22/11 Ahad Penang di Auditorium Perpustakaan Seberang Jaya 3ptg
23/11 Isnin Sri Damansara Club 830mlm
24/11 Selasa Bangi Glof Resort -orchid room 830mlm
25/11 Rabu KL 830mlm Tempat WISMA GETAH ASLI Tingkat 2(utk sementara sahaja)
26/11 Khamis Seremban, NS Allson Klana 830mlm
29/11 Ahad 3ptg Batu Pahat di Caterina Hotel
29/11 Ahad 830mlm Johor Bharu Hotel Tropical Inn
30/11 Isnin 830mlm Melaka -Hotel Ancasa MITC Ayer Keroh

Pastikan anda sentiasa konsisten berkongsi kebaikan produk Alpha Lipid Lifeline kepada sesiapa sahaja, kemudian taja mereka, ajak mereka bina pendapatan melalui bisnes ini, bawa mereka ke BP kami utk memudahkan mereka fahami perniagaan dan juga produk yang dijual. Selain itu bawa mereka berjumpa dgn leader anda agar mereka lebih yakin dengan peluang ini.

Ingat, ROYALTI akan datang akan dikira selama 6bulan iaitu dari November 2009 hingga bulan April 2010. Bonus Royalti akan datang akan ditentukan seberapa ramai orang baru yang join dalam grup anda (dalam 4 generasi), dan pastikan anda naik dan berjaya bersama grup anda.

Sekian Wassalam

Selamat Maju Jaya.

Wan Hamidi
Diamond Executive
0193355279