Monday, August 31, 2009

BP-Bisnes Presentation di Manila 5hbSeptember2009


Selasa 1hb September 2009

Hari ini adalah hari terakhir untuk submit jualan Alpha Lipid Lifeline untuk bulan Ogos 2009 dan yuran pendaftaran masih percuma pada hari ini, tetapi mulai esok setiap pendaftaran ahli baru dikenakan caj rm50 yuran keahlian (dapat starter kit pernigaan ini)

Makluman untuk semua,

Buat kali pertama kali Bisnes Presentation (BP) Alpha Lipid akan diadakan di Manila, Filipina pada Sabtu 5hb September 2009 nanti.

Maklumat tempat adalah seperti berikut:

Bisnes Presentation Alpha Lipid Lifeline Manila
Tempat: NEW IMAGE INTERNATIONAL FAR EAST OFFICE,
UNIT 1505, CENTREPOINT BULIDING,
GARNET ROAD, ORTIGAS CENTRE,
PASIG CITY, MANILA
Tel: 632-6873161

Time: 2pm Sabtu 5September 2009

Presenter: Millionaire NIK HAFIZ NIK MANSOR


Sila warwarkan kepada semua, peluang anda menjadi upline kepada rakyat Filipina terbuka luas kepada semua.

Sekian

Wan Hamidi Wan Sulaiman
Diamond Executive

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia yg ke 52!



Isnin 4ptg 31 Ogos 2009

Saya bersantai di rumah sahaja pada hari ini. Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 buat semua warga Malaysia.

Sejak membina perniagaan Alpha Lipid Lifeline ini saya berkesempatan berjalan ke hampir setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya lihat kita hidup harmoni bersama walaupun berbeda suku kaum, agama dan asal usul kita. Keharmonian ini harus kita pelihara.

Anak-anak perlu mempelajari sejarah masa lampau agar mereka dapat menjadi generasi pemimpin masa depan yang mempunyai dasar pegangan yang kukuh dari segi jiwa raga, agama dan bangsa.

Nikmat KeMERDEKAan yang kita kecapi hasil pengorbanan orang-orang terdahulu, patut kita syukuri dan kita panjat doa kepada yang dah kembali ke rahmatullah agar roh mereka dicucuri rahmat dan rahim dari-NYA.

Selain menginap di bumi MERDEKA, kita juga mesti MERDEKA dari segi jiwa raga kita. MERDEKAkan diri anda dari penindasan, penipuan, kezaliman, penafian hak, opresi, dan pelbagai anasir negatif.

MERDEKAkah kita sekiranya POTENSI DIRI kita yang SEBENAR sentiasa disekat dan diarah oleh orang lain?

MERDEKAkah anda sekiranya POTENSI PENDAPATAN anda dihadkan oleh Majikan anda?

Profesion atau bidang perniagaan Multi-Level-Marketing (MLM) atau Network Marketing adalah salah satu jalan yang menjadi "LIBERATOR" atau "PEMBEBAS" atau "EJEN MERDEKA" yang boleh membantu ramai orang mencapai KEBEBASAN DIRI, KEBEBASAN KEWANGAN dan BEBAS dari pergantungan kepada kerja makan gaji atau bebas dari hutang piutang yang bisa menjerat diri.

Adakah anda "MERDEKA" sekarang ini?

Sekali lagi selamat menyambut hari keMERDEKAan kali ke 52 buat rakyat Malaysia.
Majulah Malaysia, Moga Berjaya dan terus Berjaya!

Sekian

Nukilan hati

Wan Hamidi bin Wan Sulaiman
Liberator Agent

Friday, August 28, 2009

Cepat Join Sekarang! Yuran Keahlian Percuma setakat 1 September 2009 sahaja! dan Jakarta BP 3Sept09



Makluman untuk semua

Jika anda hendak join secara PERCUMA bisnes Alpha Lipid Lifeline ini, elok lah daftar sekarang dan selewat-lewatnya 1 September 2009 Selasa depan.

Selepas 1hb September YURAN RM50 (dapat kit bisnes) akan dikenakan kepada ahli baru.

Bayaran seperti biasa boleh bayar terus kepada syarikat atau terus ke akaun maybank saya atau anda boleh caj kepada kad kredit anda.

Makluman juga bahawa

Bisnes Presentation di Jakarta akan diadakan di Hotel Manhattan, JL. Prof. Dr. Satrio No.1, Jakarta - +62 21 3004 0888
pada 3hb September 2009 Khamis pada jam 830mlm.


Semoga Ibadah Puasa anda dapat meningkatkan Taqwa kepada ilahi.


Wan Hamidi
Diamond Executive.

Tuesday, August 25, 2009

Notis Iklan Alpha Lipid di Utusan Malaysia Hari ini Rabu 26 Ogos 2009. Dapatkan segera hari ini!!



Rabu 26 Ogos 2009 913pagi

Sila dapatkan naskah UTUSAN MALAYSIA hari ini 26 Ogos 2009.

Seperti yang dijanjikan, sebuah iklan berkenaan produk Alpha Lipid Lifeline disiarkan SATU MUKA PENUH di muka surat 23, bahagian iklan (sisipan MEGA).

Berikut adalah perkataan di iklan tersebut:
“ALPHA LIPID™ dan kesemua produk New Image International (“New Image”) yang lain hanya boleh dijual melalui rangkaian jualan langsung N.Z. New Image Sdn.Bhd.

ALPHA LIPID™ dan kesemua produk New Image yang hanya boleh dijual oleh pengedar atau ejen N.Z. New Image Sdn. Bhd. Yang diberi kuasa melalui perjanjian jualan langsung menurut polisi dan pelan pemasaran yang diluluskan. Tiada potongan harga boleh diberikan untuk produk New Image.

Pada kebelakangan ini didapati bahawa ALPHA LIPID™ telah dijual di pasaran pada harga diskaun. Ini adalah salah di sisi undang-undang dan sesiapa yang terlibat tanpa mengira sama ada mereka adalah pengedar atau ejen N.Z. New Image Sdn. Bhd. Yang diberi kuasa boleh dikenakan tanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada N.Z. New Image Sdn. Bhd.

Notis dengan ini diberikan bahawa N.Z. New Image Sdn.Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas penggunaan dan keselamatan produk jika produk tersebut dibeli daripada pengedar atau ejen yang tidak diberi kuasa oleh N.Z. New Image Sdn. Bhd.”

Peguam yang dilantik ialah Abdullah Chan, Tingkat 31, UBN Tower, No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 0323812070 Fax: 0323812078


APA MAKNA KENYATAAN NOTIS INI??

Dalam bahasa yang lebih mudah ialah :- sesiapa jua yang menjual produk New Image di bawah harga yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak syarikat. Sesiapa yang melakukan kesalahan ini boleh didakwa dan ganti rugi akan dikenakan kepada individu yang didapati bersalah. AWAS!! Amaran ini terutamanya dituju kepada sesetengah pihak yang tidak professional yang memotong harga asal produk Alpha Lipid Lifeline, kepada harga yang tidak munasabah. Mungkin mereka ingin melariskan produk mereka, tapi cara sebegitu adalah tidak adil kepada semua ejen yang lain.

Harap maklum, dan sila dapatkan naskah Utusan Malaysia hari ini Rabu 26 Ogos 2009.

Sekian

WAN HAMIDI WAN SULAIMAN
Diamond Executive

(saya adalah pengedar N.Z. New Image Sdn. Bhd. Sejak tahun 2007 yang memegang nombor ahli 121883)

Sunday, August 23, 2009

Iklan Syarikat New Image akan disiarkan di Utusan Malaysia dan Berita Harian


PENGUMUMAN UNTUK SEMUA AHLI PERNIAGAAN/PENEGEDAR ALPHA LIPID LIFELINE!

InsyaAllah jika tiada aral melintang, satu iklan (muka penuh) akan disiarkan di akhbar-akhbar berikut:

1. RABU - UTUSAN MALAYSIA 26 OGOS 2009

2. KHAMIS -BERITA HARIAN 27 OGOS 2009


Iklan ini dituju kepada mereka-mereka yang 'main harga' iaitu menjual Alpha Lipid Lifeline dibawah harga yang dibenarkan iaitu rm150 setin kepada ahli dan harga rm180 setin kepada bukan ahli. (untuk jadi ahli mesti beli 3tin sekaligus =rm450)

Iklan ini bakal disiarkan oleh syarikat NZ New Image Sdn Bhd untuk menunjukkan betapa seriusnya syarikat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang menjual produk Alpha Lipid Lifeline dibawah harga yang dibenarkan.

Tindakan undang-undang seperti menyaman mereka di mahkamah akan dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjual di bawah harga yang dibenarkan. Tidak kira siapa mereka, samada ahli atau bukan ahli, sebab saya ada terima laporan yang bukan ahli pun ada yang menjual di bawah harga yang dibenarkan.

Untuk yang menjual di kedai-kedai anda TIDAK BOLEH mempamerkan produk Alpha Lipid Lifline di rak kedai anda, anda hanya BOLEH pamerkan Brosur atau Banner atau "Bunting" Alpha Lipid Lifeline sahaja. Ini adalah untuk memastikan produk Alpha Lipid Lifeline yang dibeli telah diajar tentang cara penggunaan yang betul dan tepat.
Sebab ada yang beli produk ini dari kedai tanpa mendapat khidmat nasihat bagaimana mengguna dengan cara yang betul.

Syarikat NZ New Image Sdn Bhd begitu serius menangani masalah 'main harga' ini. Ada beberapa pengedar yang didapati menyalahi peraturan syarikat telah pun dibuang keahlian mereka baru-baru ini. So AWAS!

DAPATKAN NASKAH AKHBAR UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN PADA HARI RABU DAN KHAMIS NANTI!...

Sekian

Wan Hamidi Wan Sulaiman
Diamond Executive

Selamat Berpuasa kepada Semua Muslimin dan Muslimat


SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT

Ahad 1213tgh 23 Ogos 2009 bersamaan 2Ramadhan 1429

Saya kini berada di Hotel Bayview,Pulau Pinang. Sekejap lagi akan menghadiri Bisnes Presentation Alpha Lipid Lifeline di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Semalam kami buat BP di Alor Setar Kedah.

Begitulah kami, tetap menjalankan bisnes seperti biasa dengan berkongsi dengan orang ramai kebaikan produk Alpha Lipid Lifeline dan berkongsi peluang menjana pendapatan yang lumayan melalui bisnes ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ketibaan bulan mulia Ramadhan al-mubarak dengan mengucapkan Selamat Beribadah di bulan ini. Kita semua berpuasa dan bersolat tarawih secara beramai-ramai. Ini menunjukkan kepentingan beramal ibadat secara jamaah(berkumpulan).

Ibadah puasa banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan kita dan juga kebaikan kepada rohani kita.

Dari segi sudut perubatan, puasa dapat merehatkan system pencernaan usus kita buat sementara di siang hari. Bayangkan selama 11 bulan perut anda bekerja tanpa henti setiap hari dan ianya pasti perlu rejuvenation dan recess.

Berpuasa dapat mengingatkan kita kepada ilahi setiap masa dan rasa bersyukur dengan apa yang ada. Semoga ibadah puasa dapat meningkat taqwa kita kepada ilahi.
Berpuasa dapat mendisiplinkan kita dari segi pematuhan masa dan disiplin diri dari perbuatan yang menguragkan pahala puasa. Disiplin adalah penting dalam kehidupan ini.

Saat berbuka puasa beramai-ramai adalah saat yang amat seronok. Kegembiraan yang dirasa adalah kurniaan ilhai kepada hambaNya kerana puasa adalah ibadah untukNya. Berbuka puasa bersama keluarga dapat menguatkan ikatan ahli keluarga dan juga berbuka puasa dengan teman-teman dapat menguatkan silaturrahim sesame insan.

Ada yang bertanya “Bagaimana mengamalkan Alpha Lipid Lifeline di bulan puasa ini?”Cara penggunaan Alpha Lipid Lifeline di bulan puasa adalah seperti berikut:
a) Sewaktu Sahur –minum dulu Alpha Lipid Lifeline shake segelas. Ambillah 2 scoop atau lebih untuk membantu anda mendapat tenaga sepanjang hari. Selepas minum Alpha Lipid anda boleh terus makan sahur anda. Tapi sekiranya anda tidak punya masa untuk memasak, lebih MUDAH dan SIMPLE sekiranya anda hanya meminum Alpha Lipid Lifeline segelas yang cukup complete dari segi nutrisi keperluan seharian badan anda.

b) Sewaktu Berbuka Puasa- selepas berbuka dengan buah tamar dan sedikit air kosong, anda eloklah terus minum Alpha Lipid Lifeline 2 scoop shake sebelum anda menjamah makanan lain. Pengambilan minuman Alpha Lipid Lifeline sebagai pembuka puasa adalah cara yang paling bijak sebab ianya makanan yang paling berkhasiat dan complete. Selepas berbuka anda boleh terus solat Maghrib dahulu, biar perut anda tidak terkejut jika anda terus meratah pelbagai juadah yang dihidang. Janganlah anda leka berbuka puasa sehinggakan solat Maghrib terlepas! Selepas solat Maghrib barulah anda menjamah juadah berbuka puasa. Dengan cara ini anda dapat membantu kesihatan usus anda cara yang baik.

c) Selepas solat tarawih dan sebelum tidur- di bulan Ramadhan ini kita banyak beribadah spt solat, tadarrus dan pelbagai aktiviti lain lagi. Eloklah anda ambil segelas Alpha Lipid Lifeline lagi sebelum tidur atau selepas solat tarawih.

Itulah serba sedikit cara penggunaan Alpha Lipid Lifeline di bulan puasa ini. Yang paling PENTING, pastikan sewaktu pengambilan Alpha Lipid Lifeline, perut anda kosong, jadi waktu yang paling sesuai ialah sewaktu berbuka puasa dan sewaktu sahur sebelum anda memakan makanan lain.

Untuk siapa Alpha Lipid Lifeline ini Bagus di bulan puasa ini?
1. Ia sangat bagus untuk pesakit kencing manis (diabetes) kerana Alpha Lipid akan memberikan tenaga sepanjang hari kepada mereka.
2. Alpha Lipid dapat membantu memberi tenaga sepanjang hari, puasa anda lebih bertenaga dan anda tidak mudah penat.
3. Bagus untuk warga tua yang sakit-sakit sendi terutama ketika hendak mengerjakan solat tarawih. InsyaAllah pergerakan sendi-sendi lebih lancar dan boleh solat dengan sempurna sehingga 20 rakaat itu boleh dibuat tanpa penat!
4. Untuk ibu-ibu. Ibu yang mengandung perlukan nutrisi yang mencukupi untuk bayi dalam kandungan. Ibu yang banyak membuat persediaan juadah berbuka puasa, amatlah elok ambil Alpha Lipid untuk tenaga berterusan.
5. Untuk GASTRIK. Bagi mereka yang ada gastric, insyaAllah anda boleh berpuasa dengan sempurna kerana Alpha Lipid akan melindungi usus anda dari gastrik di siang hari. Bapa saudara saya dulu sentiasa ada masalah gastric sewaktu puasa, tapi sejak ada Alpha Lipid, masalah gastric dah OK. Beliau boleh berpuasa spt biasa.
6. Untuk Kanak-Kanak yang baru mula berpuasa.

Akhir kata selamat berpuasa kepada semua.

Semoga puasa dapat menambah taqwa kepada ilahi.

Wan Hamidi Wan Sulaiman

Monday, August 17, 2009

Bahaya H1N1 apa yang perlu anda buat? Tingkatkan Antibodi Anda dgn Alpha Lipid Lifeline


Di Malaysia, setakat hari ini kematian akibat jangkitan H1N1 dah mencecah lebih 60 orang dan kini pihak kerajaan tidak mampu lagi mengawal keadaan ini.

Awas! Jangan Panik! Apa yang anda Perlu Buat?

1.Anda perlu tingkatkan pengetahuan anda tentang virus ini dan bagaimana boleh mengelakkannya.

2.Anda perlu tingkatkan Antibodi/Sistem Pertahanan Badan Anda -Alpha Lipid Lifeline KOLOSTRUM boleh membantu anda meningkatkan daya pertahanan badan melawan virus ini.

Kini wabak ini merebak ke seluruh masyarakat. Apa yg perlu anda buat ialah JANGAN PANIK! Jika anda panik bermakna anda bertindak melulu. Kita perlu tahu tentang cara dan bagaimana mengelakkan jangkitan ini.

Memang BAGUS memakai mask (saya pun pakai ketika berada di tempat sesak dan ketika menaiki kapal terbang), tapi apa yang lebih PENTING ialah jika sistem pertahanan tubuh badan anda (ANTIBODI) lemah, anda perlu kuatkan pertahanan badan anda, ini boleh dicapai dengan mengambil KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE.

Anda tidak perlu lah nak mempertikai kebaikan Kolostrum dalam meningkatkan Antibodi badan, dah banyak kajian saintis mengatakan Kolostrum boleh meningkatkan sistem pertahanan badan anda.

Antibodi kita tidak berupaya mengecam virus H1N1 dan akibatnya badan kita mudah diserang oleh virus ini. Sekurang-kurangnya dengan mengamalkan pengambilan kolostrum, jumlah antibodi anda makin bertambah dan makin kuat sekurang-kurangnya mengelakkan anda mudah jatuh sakit dan demam.

Kini belum ada DRUG atau UBAT yang dicipta untuk membunuh virus H1N1. So apa alternatif yang kita ada untuk melawan virus H1N1 ini?? Ambil KOLOSTRUM!!
So Apa lagi Yang harus Anda BUAT?

MINUM SETIAP PAGI KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE untuk menguatkan sistem pertahanan badan anda setiap hari!!

Saranan saya, ikut arahan pihak Kementerian Kesihatan dan juga anda seisi keluarga perlu mendapatkan supplemen kesihatan yang boleh membantu menguatkan sistem pertahanan badan anda.

Alpha Lipid Lifeline dapat membantu anda menguatkan sistem Antibodi badan anda!

Cubalah hari ini. Elakkan wabak H1N1. Protect Yourself!

Sekian.


Wan Hamidi Wan Sulaiman
Ahli Farmasi

Thursday, August 13, 2009

Going South- Royalti Pertama di Singapura Sabtu ini 15 Ogos 2009!


Khamis 13Ogos2009 526ptg

Saya kini sedang bersiap sedia menunggu teman untuk bertolak sama-sama ke Melaka hari ini, kemudian esok ke Johor Bharu dan lusa ke Kota Singa- Singapura.

Perjalanan kami kali ini ke selatan tanah air dan terus ke Singapura adalah bakal melakar sejarah baru dalam perniagaan Alpha Lipid Lifeline.

Ini adalah kerana buat kali pertamanya Majlis Konvensyen ROYALTI BONUS TUNAI akan diadakan di Singapura. Saya telah mendapat makluman dari pihak syarikat New Image di Singapura saya adalah antara segelintir rakyat dari Malaysia yang menerima ROYALTI PERTAMA KALI di SINGAPURA.

Tak sangka lah pulak bakal dapat WANG SINGAPORE DOLLAR! Fuh hebat bisnes ni!!Ketika mula-mula buat dulu hanya fikir nak bisnes di Malaysia sahaja , now TERPAKSALAH terima duit dalam SING DOLLAR lah pulak! Alhamdulillah!!

Mungkin tak lama lagi dapat duit ROYALTI INDONESIA pulak...wah kaya pak! Jutaan Rupiah tu!! Atau Mungkin in near future bakal dapat ROYALTI DALAM YEN JEPUN pulak!

Rugilah jika anda tak ambik peluang membina perniagaan ini. So Simple, potensi mendapat GLOBAL INCOME in multiple currencies!!

Only Smart People will see and smell this golden opportunity!!

Hari ini kami singgah dulu Buat Bisnes Presentasi di Melaka Hotel Ancasa MITC jam 830mlm.

Esok Jumaat 830malam kami akan Buat Bisnes Presentasi di Johor Bharu di Hotel Tropical Inn.

Lusa kami akan ke seberang tambak Johor untuk menghadiri ROYALTI SINGAPURA di Foyer 1, 2nd Floor, Hall E, Singapore Expo, Jam 3ptg. (tiket masuk SD 5.00)

Ajaklah teman-teman anda ke program bisnes ini.

Sekian dulu.

Wassalam

WAN HAMIDI WAN SULAIMAN
Health Maker

Wednesday, August 12, 2009

Upgrade Upgrade Upgrade!

Upgrade Upgrade Upgrade!

Dalam kehidupan ini anda sentiasa perlu pastikan hidup anda lebih baik dari hari sebelumnya. Maknanya anda perlu upgrade dan upgrade anda sentiasa.
Upgrade atau improve ini boleh jadi dalam banyak perkara, contohnya:

1. Upgrade handphome anda, dulu takde 3G now ada 3G.
2. Upgrade kereta anda, dulu saya beli kereta pertama saya kancil sahaja, kemudian kereta Wira, then V6, lastly kereta mewah BMW + Estima. Status quo upgraded.
3. Upgrade gaji anda….yg lebih penting upgrade punca pendapatan anda. Jangan harap sumber kewangan anda dari gaji sahaja. Pelbagaikan punca aliran wang tunai.
4. Upgrade Hiway- zaman dulu mana ada hiway PLUS, Hiway LPT, disebabkan ada hiway sekarang mudah utk semua rakyat bergerak ke sana ke mari, bayangkan jika kerajaan kita tidak upgrade hiway. Saya kesian lihat rakyat Negara lain yg infrastruktur jalanraya agak mundur sikit.
5. Upgrade cara pemikiran dan visi dalam hidup ini. Untuk anda berjaya anda perlu berdamping dengan mereka yg berfikiran positif, mempunyai visi yg besar dan jauh, dan lebih terbuka fikirannya berbanding dengan orang yg negative, pemalas, tiada wawasan. Saya suka berdamping dengan mereka yg dah berjaya, supaya saya dapat ilmu untuk upgrade diri saya. Saya sentiasa memerhatikan kenapa mereka boleh berjaya, dan apa rahsia kejayaan mereka. Saya tiru dan cuba dapatkan nasihat dari mereka. Be a good listener!
6. Banyak syarikat kini dah upgrade system bisnes mereka. Contoh dulu jika nak beli tiket AirAsia kena beratur lama di kaunter Airasia, now tak perlu macam tu lagi sebab now boleh beli tiket melalui online, sama juga syarikat penerbangan MAS, dulu tiada online booking, now jika anda ke kaunter tiket MAS, anda lihat tiada orang ramai beratur sangat, sebab ramai boleh booking online malah MAS juga dah upgrade system harga tiket standing malah lebih baik dari AirAsia dari segi servisnya.

So kesimpulannya anda perlu UPGRADE diri anda samada cara berfikir, pendapatan anda, kualiti kehidupan anda dan macam-macam lagi.

Jika anda rasa pekerjaan anda hanyalah satu-satunya punca pendapatan anda, dan anda rasa perlu upgrade pendapatan anda kepada banyak punca, anda patut mencuba peluang perniagaan Alpha Lipid Lifeline yang sememangnya anda boleh buat secara part-time.

Patut anda beri tumpuan secara serius supaya keluarga anda sentiasa lebih baik kedudukan kewangan dan taraf hidup dari tahun ke tahun.

Jika anda dah join bisnes ini dan ingin upgrade pendapatan dan tahap anda dalam bisnes ini, pastikan anda upgrade cara presentasi, cara approach, upgrade senarai prospek anda kepada yg lebih berkualiti, upgrade cara closing anda, upgrade cara anda melayan customer, dan juga upgrade cara anda coaching grup anda. Anda perlu sentiasa memperbaiki skills anda dalam perniagaan anda.

Dulu saya memulakan bisnes ini dengan menjual beberapa tin kepada pelanggan, lama kelamaan saya upgrade kepada orang yg nak join 30tin terus, then upgrade kepada prospek yang nak join Manager terus, dan upgrade kepada potential Ruby pulak. Saya belajar sikit demi sedikit, tapi secara serious saya belajar dari upline-upline dan juga crossline saya. Kalau dulu dalam network saya banyaknya pengguna/rakan niaga dari luar Bandar di Kelantan, Selangor dll. Kini saya upgrade network saya kepada ahli perniagaan, golongan professionals spt doctor, ahli farmasi, guru dll, malah ada yang berpangkat datuk, datin pun dah ada dalam grup saya. Maknanya anda kena sentiasa improve dan upgrade.

Anda tidak boleh hanya berada di takuk yg lama. Rugi.

Saya baru upgrade rumah saya, renovate ruang tamu dan porch kereta, jika dulu rasa sempit sahaja rumah ini, now bila dah siap renovation rasa berbeza dan rasa keadaan lebih baik dari dulu.

Semoga hidup anda sentiasa di ‘upgrade’ kea rah lebih baik berbanding dengan hari semalam.
Try target hujung tahun ini anda dapat Royalti dalam beg dan pendapatan melalui bisnes ini sebanyak rm20,000 sebulan. Tidakkah hidup anda akan lebih baik dari tahun lepas?

Sekian coretan saya di petang ini.

p/s Bisnes Presentation Alpha Lipid Lifeline mala mini RABU 12Ogos2009 akan diadakan di Tingkat 2, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur seperti biasa.
Sekian


Wan Hamidi Wan Sulaiman
(kepada rakan-rakan yang belum ada facebook, eloklah guna platform facebook.com untuk berinteraksi sesame kita dan juga mendapat lebih ramai kawan secara online dan ianya FREE!)

Monday, August 10, 2009

Training di KL hari ini 830mlm di Wisma Sejarah


Selasa 11 ogos 2009 920am

Assalamu'alaikum para pembaca blog saya,

Bagi ahli-ahli perniagaan Alpha Lipid Lifeline, anda semua dijemput hadir ke Program TRAINING yang akan diadakan pada hari ini SELASA 11 Ogos 2009 bertempat di WISMA SEJARAH Tingkat 2, Jalan Tun Razak (bersebelahan Hospital Pusrawi/Library Negara)

Kenapa anda perlu hadiri TRAINING ini?

1. Untuk memahami bagaimana membina perniagaan ini.
2. Untuk memahami kenapa anda perlu terlibat dalam perniagaan sebegini.
3. Tunjuk ajar akan diberikan oleh Top Leaders yg dah jadi JUTAWAN dlm masa yg singkat (18bulan).
4. Untuk meningkatkan skills/kebolehan anda sebagai professional networkers.

Apa bezanya TRAINING ini dgn training di tempat lain spt di syarikat/tempat anda kerja?

Pengajar2 yg bakal memberikan tunjuk ajar pada malam ini LEADERs by EXAMPLE. Mereka mengajar anda dari pengalaman mereka, bukan dari teori, practical experience dalam bisnes ini.

Pengajar2 tersebut adalah MILLIONAIRE , real jutawan. Pendapatan mereka dalam bisnes ini memang banyak berbeza dgn Trainer/Boss anda yang mana saya rasa mungkin trainer2 di tempat lain pun income macam orang biasa sahaja. Bukanlah nak berbangga sangat tapi ini adalah realiti. Jika anda nak jadi JUTAWAN, ande perlu belajar dari orang yang dah JUTAWAN, terutamanya JUTAWAN melalui bisnes ALpha Lipid Lifeline ini.

Berapa harga tiket Training ini?

Kebiasaannya TRAINING spt ESQ, Robert T. Kiyosaki, Steven R. Covey, NLP Training dll adalah beribu ringgit untuk beberapa jam!!

Tapi TRAINING pada malam ini hanya RM20 sahaja!
Tiada tiket dikeluarkan, cuma anda perlu bayar di pintu dewan pada malam ini.

Ini bukan bermakna kandungan training tidak bagus, kerana kami di sini tak buat duit dari training ini, kami buat duit melalui menolong orang ramai menjauhi penyakit dengan "Alpha Lipid Lifeline sebagai Sarapan Pagi untuk Orang Bijak"

Mereka trainers yg lain buat duit dari pelbagai acara training. Sedangkan peserta-peserta tak buat duit, bezanya dgn bisnes ini, ramai yang join dan ikuti program bisnes ini ramai yang dapat duit. Duit royalti setiap 4 bulan! dan juga Bonus Bulanan beribu dan berpuluh ribu ringgit! Malah dah ada yg jadi jutawan melalui program bisnes ini!!

Bagi mereka yang join bisnes ini melalui website/internet, pastikan anda join dgn leader yang benar-benar mengikut sistem bisnes ini. Jangan terpedaya dengan sesetengah pemilik website yang menawarkan pelbagai barang percuma spt flyers, yahoo grup, email support, dan pelbagai "gula" yang menarik anda. Jangan terpedaya! Jangan terpedaya dengan kata-kata kelebihan join grup mereka, kerana ada sebahagiannya tidak berada dalam SISTEM bisnes ini, mereka ikut ajaran AYAH PIN!.

Kami di sini adalah core leaders dalam perniagaan ini ingin membimbing anda mendapat LONG TERM RESIDUAL INCOME, Mencapai Financial Freedom, Mencapai TIME Freedom dan Pembinaan Diri yang hebat.

So Jangan Lepaskan PELUANG untuk Hadir Training pada hari ini!!

Sekian

Wan Hamidi Wan Sulaiman
Millionaire Makers

Thursday, August 6, 2009

Beberapa Makluman Penting!



Announcement! Pengumuman Penting!

Ada beberapa pengumuman penting ingin saya warwarkan kepada semua ahli perniagaan Alpha Lipid Lifeline (NZ New Image Snd Bhd).

1. Yuran Keahlian rm50 (rm60 utk sabah&sarawak) untuk jadi ahli akan berkuatkuasa pada bulan September. So jika nak jimat, eloklah jadi ahli pada bulan ni!

Bayaran RM50 bukanlah bayaran hangus, tapi anda akan dapat bisnes kit yang mengandungi brosur, borang, marketing plan dan cd.

2. Satu NOTIS AMARAN akan diiklankan di Surat Khabar utama (mungkin Harian Metro & Utusan Malaysia) bahawa TINDAKAN undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang menjual Alpha Lipid Lifeline dibawah harga yang telah ditetapkan.

Kami akan maklumkan kepada semua leader apabila kita dapat confirmation date utk siarkan Iklan tersebut.

Maknanya syarikat mengambil serius terhadap beberapa orang yang menjual Alpha Lipid dibawah harga yg tidak munasabah. mereka ini adalah perosak bisnes ini. Mereka akan didakwa di mahkamah dan jika didapati bersalah mungkin akan dikenakan denda yang amat berat.

3. Tempat Bisnes Presentation di Melaka pada Khamis 13hb Ogos akan diadakan di Hotel Ancasa MITC Ayer Keroh 830malam bukannya di Ayer Keroh Resort. harap maklum.

4. Tempat Bisnes Presentation di KL pada Rabu 19hb Ogos terpaksa dibuat di Wisma Getah Asli tingkat 2 sebab tempat di Wisma Sejarah sudah lama di booking orang lain.

5. Bisnes Presentation BP di KL setiap Rabu Malam di bulan Ramadhan adalah seperti biasa cuma waktu mula jam 930mlm. Adalah digalakkan anda pergi solat tarawih kemudian ajak rakan2 dengar bisnes ALpha Lipid sambil keluar minum2 air di KL.

6. Bisnes Presentation di Jakarta akan diadakan pada 18 Ogos 2009 Selasa 7.30malam, di The ACACIA Hotel, Jl. Kramat Raya, Jakarta Pusat. Tel 021-3903030

Sekian dulu buat masa ini,

Work Hard, Work Smart Never Regret! Set BIG BIG Target for Yourself! Go All out to achieve your DREAMS and GOALS!!

Wan Hamidi Wan Sulaiman
Diamond Executive

Belilah Majalah Mingguan Wanita Keluaran 7-13 Ogos 2009 Bil.1342



6 Ogos 2009

Makluman untuk semua pembaca blog yang budiman,

Sila dapatkan naskah Majalah Mingguan Wanita keluaran Bil.1342 7-13Ogos 2009. Di muka surat 25, ada iklan tentang Alpha Lipid Lifeline.

Dapatkan segera hari ini!

Saya baru beli pagi tadi dapat satu naskah.

Wan Hamidi
KL