Monday, June 29, 2009

Ramai yang Capai Kejayaan, Kami ke Jakarta 4Julai2009!




Selasa 826pagi 30Jun2009

Alhamdulillah semalam seharian saya di ofis NZ New Image Sdn Bhd di Midvalley.
Alhamdulillah ramai yang mencapai kejayaan baru dan ramai telah berjaya memperolehi BONUS ROYALTI yang bakal diterima 25Julai2009 nanti.

Ramai yang mencapai RUBY executive dengan begitu mudah dan ramai juga berjaya mencapai target Royalti samada dalam Uncang Emas/Merah/Biru dan ramai juga yang baru mendapat Royalti dalam Beg kali ini. Tahniah saya ucapkan.

Ada yang order penuh dua troli produk Alpha Lipid Lifeline! Tak main la join 3tin! Sebab kalau nak bisnes takkanlah nak ada stok 3 tin sahaja! Malulah join 3 tin! Orang lain beli satu/dua troli Alpha Lipid Lifeline sebab dah yakin dengan produk dan bisnes ini. Yang tak yakin tu elok cuba dulu 3 tin, dan takpe kami tak kecewa jika anda hanya nak cuba dulu.

Ahad lepas saya ke Kuala Selangor dan mendengar beberapa testimoni pengalaman pengguna Alpha Lipid Lifeline. Ada seorang makcik tampil sukarela ke depan menceritakan kisah anaknya yang berpenyakit Leukemia(kurang darah merah). Alhamdulillah sejak ambil Alpha Lipid Lifeline sebagai Sarapan pagi untuk anaknya, anaknya begitu sihat sekali dan cerdas. Kalau dulu dah lama ananknya tidak boleh kayuh atau main basikal sebab tidak bermaya, tiada tenaga, tapi kini dah sihat dan bertenaga dan boleh bermain seperti kanak-kanak biasa! Power! Alhamdulillah memang produk ini JADI!

Sebab itu ramai yang YAKIN, mereka terus join bisnes ini dan beli stok banyak-banyak sebab dah tak tahan sebab banyak orang cari dan order Alpha Lipid Lifeline ini.

Kalau Tak Yakin memang mereka akan kata susahlah buat bisnes ini, takde orang nak lah, sebenarnya mereka mencari alasan sahaja, sedangkan ramai lagi memerlukan produk ini untuk menjaga kesihatan mereka.

Esok Hari Rabu 1Julai2009, Bisnes Presentation Alpha Lipid Lifeline di Kuala Lumpur adalah seperti biasa di Etiqa Twin Tower, Jalan Pinang KLCC jam 830malam.

Kemudian kami akan ke Jakarta hujung Minggu ini sebelum kami berangkat ke Auckland New Zealand Isnin depan.

Maklumat BP-Bisnes Presentation Alpha Lipid Lifeline di Jakarta adalah seperti berikut:

Tarikh: 4Julai2009 Sabtu Jam 2petang
Tempat: Hotel Ciputra , Ciputra Mall, Jln Leftenan Jenderal S.Parman,Jakarta 11470.
Venue-Victory 2 Level 6
Jam 5 petang akan disusuli dengan Training
Sila warwarkan kepada prospek dan grup anda! Diamond Nik Hafiz akan memberikan presentation pada hari tersebut!


Akhir kata saya ingin petik kata-kata motivasi ini untuk jadi panduan kita semua.

Yesterday is not ours to recover, but tomorrow is ours to win or to lose.
Lyndon B. Johnson


Sekian

Wan Hamidi Wan Sulaiman
Diamond Executive

Saturday, June 27, 2009

Royalti Semakin Hampir! Tempat di Sunway!



Ahad 28Jun2009

Esok 29hbJun2009 Isnin adalah hari terakhir untuk para ahli Alpha Lipid Lifeline untuk place order dan capai target masing-masing.

Senarai Point Royalti telah pun diperolehi dari Ofis NZ New Image Sdn Bhd pada Jumaat lepas. Alhamdulillah pencapaian saya agak memberangsangkan. Ramai juga yang bakal dapat Royalti kali ini dan ada muka-muka baru yang dulu tak dapat duit Royalti dalam beg, tapi kali ini dapat dalam BEG!

Baru-baru ini kami beberapa leaders telah bermesyuarat dgn pihak pengurusan dan bersetuju bahawa tempat Royalti Konvensyen kali ke-4 ialah di Sunway Piramid Convention Center dan bakal diadakan pada 25Julai2009 Sabtu. Maklumatnya Konvensyen adalah seperti berikut:

Royalti Konvensyen kali Ke-4 utk Malaysia
Tempat: Sunway Piramid Convention Center
Hari/Tarikh: Sabtu 25Julai 2009
Waktu: 2petang-6petang
Tiket: Rm20 seorang


Kepada yang datang dari jauh, terutama dari Sabah dan Sarawak dan juga dari Indonesia dan Singapura boleh lah buat tempahan tiket kapal terbang lebih awal. Mungkin dapat harga lebih murah.

Kepada yang masih berusaha di saat akhir esok, elok buat order di awal pagi untuk mengelakkan kesesakan di ofis.

See you at the TOP!

Wan Hamidi
Diamond Executive Club Member
(minggu depan kami akan ke New Zealand la pulak!)

Thursday, June 25, 2009

Perangi virus H1N1 dengan Alpha Lipid Lifeline!


Semalam saya bersama Saintis Mr Michail Borissenko, Chief Scientist dari Institute of Colostrum Research. Kami bersama beliau di Hotel Boulevard MidValley City untuk sesi press conference tentang kebaikan kolostrum untuk kesihatan.

Menurut beliau memang banyak kajian klinikal telah membuktikan bahawa kolostrum boleh menentang pelbagai virus termasuk virus selsema babi ini H1N1.

Buat masa ini tiada lagi vaksin untuk manusia menentang virus ini. Cara paling mudah dan simple tetapi efektif ialah anda mengamalkan Alpha Lipid Lifeline setiap hari. Saya diberitahu oleh beliau bahawa beliau sendiri mengambil 20 biji kapsul Alpha Lipid Lifeline setiap hari untuk meningkatkan antibodi badan beliau. Wow!

Dulu sewaktu wabak virus SARS merebak, beliau ada pergi travel di kawasan merebaknya SARS tanpa perlu pakai topeng/mask pun!

Saya sendiri kini meningkatkan pengambilan Alpha Lipid Lifeline setiap pagi minum segelas AlphaLipid dan kemudian di sebelah petang dan malam saya ambil beberapa kapsul Alpha Lipid.

Virus mudah menyerang badan yang lemah antibodinya. Antibodi adalah sistem pertahanan badan yang melawan sumber penyakit seperti virus, bakteria, kulat dan parasit. Jika antibodi anda lemah maka anda mudah dijangkiti penyakit.

So apa yg perlu anda lakukan ialah tingkatkan antibodi anda setiap hari dengan Alpha Lipid Lifeline. Di dunia ini TIADA produk lain yang ada kandungan antibodi semulajadi spt IgG, IgM, IgA, IgE,IgD melainkan kolostrum. Manakala kolostrum Alpha Lipid Lifeline adalah kolostrum gred terbaik dari syarikat New Image International pengeluar kolostrum terkemuka di dunia. Maknanya anda mendapat World Class Product!

Untuk maklumat lanjut berkenaan VIRUS H1N1 sila layari laman web CDC ini http://www.cdc.gov/h1n1flu/general_info.htm

Sekian

Tingkatkan Antibodi anda setiap hari! Mari melawan virus H1N1!

Wan Hamidi
Pharmacist

Update BP -Bisnes Presentation di Melaka, JB dan Singapura

Assalamu'alaikum kepada semua pembaca blog saya.

Hujung minggu ini kami akan mengadakan roadshow BP-bisnes Presentation di Selatan Tanah Air, jadualnya seperti berikut:

1. Melaka- Jumaat 26Jun jam 830mlm di Ayer Keroh Resort
2. Singapura- Sabtu 27Jun jam 3 petang di Dewan Orang Ramai Geylang Serau
3. JB(johor bharu)- Sabtu 27Jun Jam 830mlm di Hotel Tropical Inn

Harap maklum kepada semua

Wednesday, June 24, 2009

Awas Kepada Pencuri Impian/Orang Negatif!



Penting Untuk Berjaya dalam kehidupan ini anda mesti mengawal minda anda dari dipengaruhi orang-orang yang berfikiran negatif.

Dulu sewaktu mula-mula buat bisnes ini, ramai yang mengatakan susah nak jual Alpha Lipid Lifeline, ada yang mengejek, malah ada yang menghina kami. Tapi bisnes jualan Alpha Lipid tetap meningkat juga, antara sebabnya kami tidak ambil endah kata-kata negatif tersebut kerana kami PERCAYA pada diri sendiri dan kami jauhi fikiran NEGATIF yang mereka fikir tentang produk ini.

Dulu memang lah susah sebab takde testimoni dan macam-macam alasanlah, tapi tetap jalan juga..tetap membina perniagaan ini.

Tapi kini ada sesetengah ahli yang sudah merungut, sudah berikan alasan macam-macam untuk tidak meneruskan perniagaan ini. Antara rungutannya ialah ada orang lain jual murah produk Alpha Lipid Lifeline. Ya kami tahu ada pihak yg tidak bertanggungjawap melakukan perkara ini.

Tapi sebenarnya ada sesetengah ahli saja mencari alasan (bukan mencari jalan utk berjaya) kenapa mereka tidak berjaya dalam bisnes ini. Sepatutnya seorang usawahan berusaha mencari jalan bukan mencari alasan...

Pengalaman saya sendiri, ada seorang 'kononnya leader' suka betul complaint dan beri alasan macam-macam, rupa-rupanya dia sekarang ini dah gi buat bisnes MLM lain dan jual produk lain. So sebenarnya beliau mencari alasan sahaja, sebenarnya dia tu bukan bagus sangat, so dia 'lompat' masuk MLM lain dan cuba 'mencuri' downline saya atau downline grup lain. Beliau cuba 'meracun' dan mengajak grup kami join bisnes dia...orang macam ni adalah "PENCURI IMPIAN", tidak bermaruah dan tidak professional.

Kalaupun nak buat bisnes MLM lain,cari prospek di tempat lain...kalau dia tak berjaya bersama Alpha Lipid ini, what make he think he can succeed in other MLM or business lain? Sebenarnya bukan bisnes ini tak bagus, bukan produk tak bagus, sebenarnya dia tu TAK CUKUP BAGUS untuk bersama kami membina long-term residual passive income. We do not need this kind of people, dan AWAS jauhi mereka ini dari mencuri IMPIAN anda!!

Saya selidiki rupa-rupanya dia suka lompat MLM, buat macam2 MLM tapi lompat sana lompat sini, maksud saya sekejap buat bisnes MLM ini, sekejap buat bisnes MLM lain pulak! Sebenarnya orang macam ini tiada tempat untuknya di dalam grup Alpha Lipid Lifeline ini!Orang macam ini tidak pernah BELAJAR apa pun dari bisnes MLM, malah suka menuding jari kepada orang lain jika dia gagal. Sebenarnya dia tu TAK BAGUS!

So awaslah orang-orang macam ini, jika anda hendak berjaya dalam bisnes ini atau apa-apa jua target anda dalam hidup ini, anda mesti jauhi orang-orang berfikiran negatif.

Sekian

Wan Hamidi
Diamond Executive
"Always Think Positive
Avoid Negative People"

Tuesday, June 23, 2009

Awas Kepada Yang Main Harga!


Semalam dan hari ini, kami beberapa leaders mengadakan meeting dengan pihak pengurusan syarikat NZ New Image Sdn Bhd di Midvalley Kuala Lumpur.

Saya faham dan tahu bahawa ada ramai pengedar/ahli Alpha Lipid Lifeline yang memberitahu ada sesetengah pihak menjual Alpha Lipid Lifeline pada harga dibawah harga yang ditetapkan syarikat (Harga RM180 setin -bukan ahli atau Harga RM150 utk ahli). Ada yang beritahu sesetengah ada yang jual pada harga tidak munasabah iaitu sehingga rm90 setin. Mereka ini adalah insan yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut peraturan syarikat.

Awas!! Kepada sesiapa yang menjual di bawah harga yang telah ditetapkan, kini syarikat telah mengambil staf sepenuh masa, seorang PEGUAM dan juga Seorang DETEKTIF untuk menangkap dan mendakwa mereka yang menjual dibawah harga pasaran.

Petang ini Kami akan meeting dengan Peguam tersebut dan saya minta kepada semua yang membaca blog ini supaya mengemukakan bukti atau paling tidak maklumat seperti nombor telefon atau apa-apa maklumat kepada kami. Saya akan kemukakan segala maklumat kepada Peguam dan Detektif tersebut.

Kita tidak mahu mereka-mereka yang tidak mengikut peraturan menjejas perniagaan ini dan mereka ini sesetengahnya ingin menggagalkan bisnes ini. Mereka harus didakwa dan dihukum.

Sila kemukakan maklumat kepada saya di email whamidi859@yahoo.com atau pun terus hubungi saya Wan Hamidi 0193355279.

Wan Hamidi
Diamond Executive

Friday, June 19, 2009

BP Hari Rabu 24hbJun di Palace of Golden Horses




Untuk Makluman semua

BP-Bisnes Presentation pada Hari Rabu 24Jun2009 akan diadakan di tempat lain iaitu di Grand Ballroom, Palace of Golden Horses, Seri Kembangan jam 8.30 malam.

BP Kali ini diadakan berlainan sikit kerana Chief Scientist Institute of Colostrum Research, Mr. Michail Borissenko akan bersama anda untuk berkongsi pengetahuan tentang kajian dan kebaikan kolostrum kepada manusia.

Bawalah rakan-rakan anda, MASUK PERCUMA!!

Datanglah ramai-ramai, bukan mudah nak dengar terus dari Saintis yang memang Pakar dalam Kajian Kolostrum, beliau adalah antara pakar yang terulung di dunia tentang kajian Kolostrum.

Institute of Colostrum Research (http://colostrumresearch.org) adalah institut yang terbesar di dunia yang mengkaji kolostrum adalah berpangkalan di Auckland New Zealand.

Pastikan anda datang sendiri dan dengar dari saintis. Seperti saya tulis sebelum ini, anda tidak perlu jadi Pakar tentang kolostrum, itu saintis punya kerja lah. Anda hanya perlu tahu kebaikan kolostrum dan perlu tahu cara minum yang betul!

Sila warwarkan kepada semua!!

Wan Hamidi
Diamiond executive

Wednesday, June 17, 2009

Beberapa Update -Ofis Baru di Midvalley, Closing date 29


Khamis 9pg 18Jun2009

Assalamu'laikum semua.

Perkembangan bisnes ini amat memberangsangkan. Sejak kami memulakan bisnes ini hanya sedikit pengedar sahaja yang ada dan ofis NZ New Image di Tingkat 7 Blok B Northpoint MidValley hanya kecil sahaja, tetapi sejak program ROYALTY diperkenalkan pada September 2007 jumlah jualan terus meningkat setiap bulan.

Oleh kerana semakin ramai orang join bisnes ini dan semakin banyak barang/stok dan semakin ramai staff diperlukan untuk support Bisnes ini, Ofis akan BERPINDAH ke tempat BARU bermula 22JUN2009 nanti.

Alamatnya:
NZ New Image Sdn Bhd
Tingkat 20, Tower A, NorthPoint MidValley
Nombor telefon dan Faks adalah sama seperti sebelum ini.

(dari midvalley terus melintas jejantas pejalan kaki ke Tower A Northpoint, kalau dari stesen komuter memang dah dekat)

TAHNIAH buat NZ New Image Sdn Bhd kerana berpindah ke Ofis BARU.

Di Tingkat 20 tersebut menyediakan ruang pejabat yang lebih luas, Bilik Seminar, Bilik Perbincangan yang cukup luas untuk anda semua. Dengan kemudahan ini saya menjangkakan bisnes ini akan meningkat lagi, ditambah pula ada NEW Product- Bio Rejuv Skin Wellness.

Untuk Makluman juga, bahawa CLOSING DATE pada bulan ini ialah 29Jun2009 ISNIN.

Pastikan anda sudah mengira jumlah ROYALTY VOLUME anda masing-masing pastikan cukup utk Uncang Biru (300tin), Uncang Merah (600tin), Uncang Emas(1200tin) dan Beg (2300tin).

Selamat Maju Jaya

WAN HAMIDI
Diamond Executive

Tuesday, June 16, 2009

Kenapa anda Tidak Perlu Jadi Pakar Tentang Produk?


Kenapa anda Tidak Perlu Jadi Pakar Tentang Produk?
17Jun2009

Pada ketika memulakan perniagaan Alpha Lipid Lifeline ini saya memikirkan bahawa saya perlu menjadi “PAKAR” tentang produk ini dengan mempelajari ilmu lebih mendalam dalam bidang pemakanan atau kolostrum secara spesifik. Tapi sebenarnya setelah hampir 2 tahun saya bersama produk Alpha Lipid ini yang Paling PENTING ialah saya perlu menjadi PAKAR bagaimana meminum Alpha Lipid dengan cara yang BETUL!.

Ringkasnya anda perlu jadi pakar CARA minum Alpha Lipid Lifeline dengan betul, itu SAHAJA yang perlu anda pelajari. Untuk mempelajari cara minum yang betul bukanlah susah, tak perlu pun kena masuk university/kolej atau tak perlu pun ambil peperiksaan kursus Alpha Lipid Lifeline pun. (Contoh kalau nak jadi ejen insurans/unit amanah anda perlu ambil ujian peperiksaan dan hadiri kursusnya dan anda mesti lulus!)

Cara Minum Alpha Lipid Lifeline ini MUDAH dan SIMPLE iaitu MESTI pada ketika perut kosong (biasanya di waktu pagi sebelum sarapan/selepas subuh) dan TIDAK BOLEH CAMPUR AIR PANAS- air selain air panas boleh lah- seperti air sejuk atau air mineral atau jus oren atau air milo atau lain-lain asalkan tidak panas.
Sebaik-baiknya gunakan “shaker” untuk memastikan kolostrum Alpha Lipid Lifeline larut dan menyatu dengan elok. Perlu Amalkan Setiap hari Alpha Lipid Lifeline sebagai SARAPAN PAGI dan perlu istiqamah/konsisten paling tidak selama 3 bulan (iaitu 3 tin untuk seorang). ITU SAHAJA yang PENTING –CARA MINUM YANG BETUL!

So takpayah lah nak JADI PAKAR tentang ilmu detail kolostrum atau produk ini. Samalah seperti anda mendapat ubat dari doktor/ahli farmasi- apa yg mereka beritahu kepada anda ialah cara makan ubat itu penting. Mesti makan ubat ikut arahannya barulah ubat itu berkesan. Samalah seperti Alpha Lipid Lifeline-anda tidak perlu tahu detail tentang kandungan produk Alpha Lipid Lifeline ini, yang perlu anda tahu ialah cara minum yang betul.

Jika anda menerima UBAT yang disarankan oleh doctor/ahli farmasi, anda tidak tanya pun kepada doctor/ahli farmasi apa dia kandungan ubat itu, dari mana ubat itu dibuat, mana sijil halalnya, syarikat mana yang buat ubat itu dan pelbagai soalan tentang maklumat ubat yang diberikan kepada anda.

Jika anda menerima UBAT dari doctor/ahli farmasi sepatutnya anda bertanya mereka apa kesan sampingannya, kesan drug interactions, dan perlbagai soalan tentang ubat itu terhadap badan anda.! Sebab ubat bukanlah semuanya selamat sebab setiap ubat pasti ada Side Effectsnya!

Sebaliknya produk Alpha Lipid Lifeline ini adalah SELAMAT untuk semua sebab ia adalah MAKANAN PERTAMA mamalia setelah mamalia dilahirkan. So ianya SELAMAT itu sahaja. Selamat untuk semua peringkat umur, selamat untuk semua jenis penyakit. Mudah sahaja!

Kesimpulannya anda tidak perlu mencuba menjadi Pakar tentang kolostrum atau pakar tentang Alpha Lipid Lifeline – yang PENTING ialah anda perlu menjadi “pakar” cara minum Alpha Lipid Lifeline ini!

Tak perlu lah nak kaji mengkaji lagi tentang kolostrum secara detail–biar saintis yang buat kajian sebab itu memang kerja mereka! Kerja anda ialah berkonsgi tentang kebaikan produk ini kepada sesiapa sahaja dan ajar mereka cara minum yang betul!

You Are The ALPHA LIPID LIFELINE EXPERT!!

WAN HAMIDI
Pioneer Leader

Monday, June 15, 2009

CashFlow atau Aliran Tunai Wang.


Isnin 803pm 15Jun2009

Saya ingin berkongsi idea tentang cashflow dalam kehidupan ini. Setiap hari dan setiap bulan kita bekerja atau berusaha untuk mendapat pendapatan untuk menampung kehidupan kita. Apa yang penting kita mesti mencari dan berusaha mencari rezeki dan janganlah harap sumber rezeki dari satu punca sahaja. pelbagaikan punca rezeki anda.

Biasanya kebanyakan orang mencari rezeki dengan bekerja iaitu dengan membuat 'barter trade' atau lebih senang difahami dengan anda meminjam masa dan talent anda dengan wang(gaji). Anda bekerja setiap hari 8jam sehari untuk mendapat ganjaran gaji yg dibayar sebulan sekali. Tetapi sedarkah anda bahawa bekerja makan gaji bukanlah cara terbaik untuk meraih rezeki yang banyak sebab gaji anda dihadkan oleh majikan anda. Majikan tidak akan memberikan gaji yang begitu banyak melainkan anda seorang CEO atau MD.

Jangan harapkan sumber rezeki anda dari makan gaji sahaja. Carilah pendapatan sampingan seperti Bisnes MLM ini yang mana tiada risiko dan mudah dijalankan secara sambilan. Ramai dalam kumpulan saya telah bersama saya dan mendapat pendapatan tetap sampingan setiap bulan dari bisnes Alpha Lipid Lifeline ini. Petang tadi saya berjumpa dengan Puan Noriani Baharun dari Nilai Seremban yang bekerja dengan kerajaan dan beliau mendapat pendapatan dari bisnes Alpha Lipid ini sebanyak hampir RM8000 sebulan. Ini tidak termasuk bonus royalti yang bakal diterima pada setiap 4 bulan. Bonus bulanannya melebihi 2 kali ganda gaji beliau bekerja dengan kerajaan. Baguslah kan dah ada 2 sumber cashflow! Modal memulakan bisnes ini pula taklah besar sangat pun!

Kenapa saya mengatakan bisnes Alpha Lipid ini adalah CASHFLOW yang bagus sebab produk Alpha Lipid Lifeline adalah BREAKFAST DRINK FOR SMART PEOPLE. Ia produk yang diperlukan spt minuman MILO, diminum setiap hari dan akan ada REPEAT ORDER dan satu lagi produknya UNIK!

So jika anda hendak jadikan Bisnes in sebagai sumber WANG TUNAI anda, so pelajarilah dan fokuslah kepada bisnes ini. Tumpukan usaha anda kepada bisnes ini secara part-time dan pelajarilah dari leader-leader yang dah berjaya. ikut nasihat mereka. Mereka dah berjaya dan mereka boleh membimbing anda asalkan anda memberikan komitment yang serious kepada membina cashflow melalui business ini.

So apakah Cashflow anda sekarang cukup banyak?

Eloklah mencuba bisnes ini! Manalah tau ia sumber cashflow yang mengalir setiap bulan berpuluh ribu untuk anda!!

Sekian

Wan Hamidi
Diamond

Sunday, June 14, 2009

Cerita saya di Jakarta 13hb Jun2009





Isnin, 15hb Jun 2009

Saya baru pulang dari Jakarta malam tadi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan berjaya.

Hari ini seronoknya sebab dapat lagi bonus bulanan yang bakal kami terima di ofis NZ New Image Sdn Bhd di Midvalley hari ini. Mungkin ramai pengedar lain pun dah terima wang bonus yg dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.

Ok cerita saya di Jakarta: pada hari Sabtu 2ptg, di Hotel Cemara buat kali pertama official Bisnes presentation(BP) diadakan di Indonesia. Alhamdulillah penuh melimpah ruah dewan pada lantai 5 hari tersebut.

Ramai leaders yang datang dari Malaysia. Menurut Diamond Nik Hafiz, kejayaan yg bakal dicapai di pasaran Indonesia akan lebih cepat tercapai berbanding di Malaysia kerana produk ALPHA LIPID LIFELINE bukan untuk dicuba-cuba di sana, memang dah terbukti JADI atau BERKESAN. Kita membawa produk yang WORLD CLASS- number ONE in the WORLD! Tiada sebab ia tidak dapat dijual di bumi indonesia!

Beberapa leaders memberikan testimoni pendapatan di BP hari tersebut dan ramai yang kagum dengan kejayaan leaders dari Malaysia dan ini membuatkan ramai hadirin rakyat Indonesia KAGET atau terpegun dengan kejayaan kami. Bukanlah kami nak berbangga, tetapi untuk berkongsi agar mereka juga akan menjadi seperti kami sekiranya mereka melibatkan diri dalam perniagaan Alpha Lipid Lifeline di sana.

Pioneer leaders dari Indonesia yg membina perniagaan ini di sana sudah pasti akan mendapat wang bonus RM10,000 (Rupiah 30juta sebulan!) in any time. Paling tidak hujung tahun ini mereka bakal menerima bonus Rm50,000 sebulan!Itu kata kata yg diucapkan oleh Jutawan Nik Hafiz Nik Mansor

Oleh kerana sambutan yang hangat dan kami ingin memastikan kejayaan mereka boleh capai dengan segera, kami mungkin akan ke Jakarta semula pada 4Julai nanti, iaitu sebelum kami pergi melancong ke Auckland, New Zealand pada 6julai-12Julai nanti.

Sekian dulu dari saya.

Wan Hamidi
Kota Damansara

Wednesday, June 10, 2009

Alpha Lipid Lifeline goes into INDONESIA!



Khamis 1000pagi 11Jun2009

Alhamdulillah semalam BP di Wisma Etiqa KL penuh dewan!

Saya agak sibuk kerana membawa dua VIP iaitu Dato' Salleh Majid, bekas Pengerusi BSKL dan juga Mr. David Ewins dari Australia (produk konsultan utk Bio-Rejuv).

Saya membawa Dato' Salleh Majid menaiki kereta BMW 5 series saya dan beliau menanyakan "Ini hasil duit Alpha Lipid?"...saya menjawap "Ya, inilah hasil titik peluh bisnes Alpha Lipid Lifeline secara bersih dari rasuah dan lobi melobi." Saya menyatakan kepada beliau saya tidak berminat menjalankan bisnes dengan projek-projek kerajaan atau yang melibatkan rasuah, lobi-melobi dan pelbagai anasir yang kotor dalam bisnes, Duit hasil bisnes Alpha Lipid ini bersih dari rasuah dan lobi melobi!

Apa yang kami buat dalam bisnes ini ialah MEMBANTU orang ramai jadi sihat melalui pemakanan Sarapan Pagi Alpha Lipid Lifeline dan membantu orang ramai mendapat pendapatan lumayan melelui peluang perniagaan yg murni ini.

Buat pengetahuan anda, Dato' Salleh Majid adalah pengguna baru Alpha Lipid dan telah menjadi supervisor! Beliau juga amat berminat untuk membina perniagaan ini.

Untuk makluman semua,BISNES Alpha Lipid Lifeline akan ke JAKARTA pada hari Sabtu ini 13Jun2009. Berikut adalah maklumat tempat Bisnes Presentation di sana:

Tempat: Cemara Hotel, Jl. Cemara No. 1
Jakarta 10350, INDONESIA
Phone : (62-21) 390 8215, 314 9985

Masa: 2petang (sore)

Hari : SABTU 13 JUNI 2009 (13JUN2009)

MASUK ADALAH PERCUMA!!


Lebih dari 30 orang top leader dari Malaysia akan ke sana! Pasti Bisnes Alpha Lipid Lifeline akan meletup di sana!

Apa yang anda perlu buat jika anda tidak ke sana? Sms atau Email kepada rakan-rakan anda supaya pergi dengar dan lihat sendiri tentang bisnes ini.

Pioneer leaders yang join di sana insyaAllah pasti akan mendapat Bonus Bulanan yang banyak sebagaimana top leaders di Malaysia telah berjaya dapat income berpuluh ribu setiap bulan.

Semalam di BP di KL, Diamond Nik Hafiz telah memanggil dua anak muda untuk naik ke pentas memberikan testimoni pendapatan di dalam bisnes ini.

Yang pertama: Nik Hishamuddin 23tahun (Chik) dari Kota Kinabalu. Beliau mencapai tahap Emerald. baru join bisnes ini 7 bulan. Pendapatan purata dalam masa 3 bulan terakhir ini (Mac April dan May) ialah RM7000 sebulan! (Mac RM7000+, April RM7600 dan May RM7900). Ini belum dikira pendapatan Royalti dan Country Pool yang bakal beliau dapat pada bulan Julai nanti

Yang kedua: Aiman 23tahun dari Serdang, masih belajar di UPM. Beliau telah mencapai tahap Emerald. Sudah buat bisnes ini lebih setahun. Pendapatan bulanan hampir sepuluh ribu ringgit! wah lepas ni tak payah cari kerja la ye. Untung mak ayah nya tak payah bagi duit saku lagi, malah disebaliknya Aiman pula memberi wang kepada mak ayahnya! Anak Soleh!

Apa makna semua ini? Pengalaman tidak penting untuk buat bisnes ini! Tidak perlu ada pengalaman buat bisnes MLM atau tiada pengalaman bisnes lain pun, apa yg mereka ada ialah mereka percaya pada diri sendiri dan percaya dengan PRODUK ALPHA LIPID LIFELINE ini memang JADI!!

Jika anda merasa anda lebih hebat dari anak-anak muda ini, kenapa anda TIDAK boleh berjaya dalam bisnes ini? Tiada sebab kenapa anda tidak boleh berjaya seperti mereka berjaya!

Akhir kata, kini bisnes Alpha Lipid telah terbukti BERJAYA dan KEKAL BERJAYA lagi dan KINI berkembang ke negara jiran kita Indonesia!

Bayangkan betapa ramai kita boleh bantu rakyat Indonesia dapat mengubah kehidupan mereka dengan peluang yang suci murni ini.

Allahu Akbar!

Wan Hamidi
Kota Damansara PJ.
(bakal berangkat ke Jakarta jam 430ptg ini)

Jualan Alpha Lipid Lifeline melebihi RM50juta!

Rabu 10Jun2009

Bisnes Presentation pada Hari ini Rabu 830malam adalah seperti biasa di Wisma Etiqa, Jalan Pinang Kuala Lumpur. Ramai yg bertanya saya tempatnya bertukar ke tak, belum lagi setakat ini, insyaAllah akan pindah

Bisnes Alpha Lipid Lifeline semakin rancak, Jualan pada bulan May 2009 mencatat jumlah lebih RM12juta sebulan! Jualan selama 4 bulan pertama tahun ini telah berada pada paras melebihi RM10juta setiap bulan secara konsisten.Ini bermakna jumlah jualan AlphaLipid sejak Jan hingga May ialah RM50juta lebih! Maknanya produk ini memang JADI dan ada REPEAT ORDER!! BISNES INI STABIL DAN AKAN BERKEMBANG LAGI!
Apa Makna kepada ANDA yg Join bisnes ini? Jika anda cerdik dan rajin, bonus bulanan anda akan berganda setiap bulan dan bisa mencapai 5 angka malah 6 angka pun bisa pak!!

Tahniah kepada semua para pengedar yang begitu bersemangat berkongsi produk Alpha Lipid Lifeline kepada orang ramai. Perlu ingat ya, jualan melebihi Rm10juta sebulan hanya di seluruh Malaysia tanpa kita buat IKLAN di TV!!

Kita tak perlu belanja beratus ribu buat iklan di TV yg ternama. Produk Alpha Lipid Lifeline memang sudah terbukti "JADI" atau Bagus kepada yang mencubanya, hanya perlu "word of mouth" -iaitu cerita dari orang ke orang lain. That is more powerfull than advertise on TV.

Biasanya produk yg tak berapa bagus mereka ambil selebriti dan bayar beratus ribu kepada selebriti tersebut untuk menjadi duta produk mereka. Sebenarnya produk mereka bukan lah bagus sangat tapi syarikat membina "hype" atau "glamor" sahaja terhadap produk mereka.

Contoh: Iklan produk minuman cola bergas, apa sangat kesannya kepada pengguna, ia cuma air gula yg manis dan bergas....

Tapi Produk kita ini Alpha Lipid Lifeline ini lain pulak strategi pemasarannya. Anda cuba, anda rasailah sendiri kebaikan -anda sendiri jadi "HAKIM" terhadap produk ini. Jika ia BAGUS, maka berkongsilah dengan orang lain.

Biasanya ramai yg dah cuba, TIADA yg kecewa. So apa lagi? Just SHARE this product to ALL! Do not "sell", just "SHARE"!

Sekian dulu.

Esok saya ke Jakarta, Indonesia, nak bina bisnes di sana lah pulak.. Bisa jadi jutawan pak!!

Wan Hamidi
Kuala Lumpur

Thursday, June 4, 2009

Bulan Jun adalah Bulan terakhir untuk Kumpul PV ROYALTI




Bulan Jun adalah bulan terakhir untuk anda mengumpul Point royalti dalam kumpulan anda.

Beza bisnes Alpha Lipid Lifeline dengan bisnes lain ialah Bayaran ROYALTI BERBEG-BEG setiap 4 bulan iaitu bulan Mac, July dan November. Ini tidak termasuk Bonus bulanan seperti personal rebates Rm25 setiap tin, network commission 16%/20%, infinity bonus, travel fund, country pool.

Bagi anda yang baru join ataupun sudah join tapi belum dapat Royalti, anda jangan risau, sebab dulu sebelum saya dapat royalti ini, saya bersama beberapa leader ke negara Taiwan, yang telah mengadakan Program Royalti dah banyak kali (seperti gambar yang paling bawah di atas -saya bersama Ayah Di di Taiwan Ogos 2007)

Di Taiwan, bisnes Alpha Lipi New Image dah berjalan lama dan jualan Alpha Lipid di sana amat memberangsangkan dan ramai para pengedar dapat Wang Royalti Berbeg-beg di sana setiap 4 bulan. Pada waktu tersebut (Ogos2007) kami hanya pergi lihat acara pemberian wang Royalti di sana, kami belum pun ada program Royalti di Malaysia. Waktu tersebut meleleh air liur kami tengok mereka dapat beratus ribu ringgit setiap 4 bulan. Wah banyaknya!

Sebaik sahaja pulang ke Malaysia, kami mengorak langkah dan terus mempromosikan Alpha Lipid Lifeline sebagai Sarapan Pagi Untuk Orang Bijak -Breakfast Drink for Smart People. Kami lalui pelbagai cabaran, rejection dan halangan untuk meyakinkan orang ramai, namum oleh kerana dengan KEYAKINAN diri dan PRODUK ALPHA LIPID yang sememangnya BAGUS, kami pemimpin awal dalam bisnes ini berjaya melalui halangan-halangan tersebut. Memang susah pada peringkat awal kerana kami baru bermula, ada yang menentang ada yang berhenti buat , pelbagai cabaran kami lalui. Salah seorang penentang kuat ialah "ayah pin" dan pengikutnya spt alphalipid.net, mungkin kerana minda mereka agak tersekat atau dengan kata lain-mereka belum nampak apa yg kami nampak. Tapi kini mereka juga menikmati bonus berpuluh ribu setiap bulan dan royalti setiap 4 bulan.

Dengan KEYAKINAN DIRI yang tinggi dan PRODUK yang amat berkualiti TINGGI-ALPHA LIPID maka kami meneruskan perjuangan membina masa depan kami, kami kejar TARGET untuk mendapat ROYALTI pertama pada Mac 2008 yg diadakan di Kota Bharu.

Alhamdulillah pada Royalti pertama di KB Mac2008 saya mendapat RM23,000 dalam beg!
dan Royalti kedua di KL September 2008 saya mendapat RM98,000!!

Akhirnya pada Royalti ke-3 Mac2009 lepas saya mendapat RM156,000!!


Kini ramai dalam grup saya mendapat bonus berpuluh ribu setiap bulan dan Ramai juga mendapat ROYALTI dalam BEG bernilai berpuluh-beratus ribu ringgit!

Bukan saya seorang je yang dapat! InsyaAllah mereka akan dapat lagi pada Royalti akan datang - inilah LONG TERM RESIDUAL INCOME -PASSIVE INCOME!! Seperti yang disarankan oleh Robert Kiyosaki, carilah residual income, bukan active income spt bekerja.

Alhamdulillah sungguh menakjubkan! Sebab apa? Kerana dengan izin Allah produk ini menjadi-jadi dan juga dengan Keyakinan diri yang TINGGI terhadap masa depan bisnes ini. Saya lihat beberapa orang leader dalam bisnes ini berusaha dengan GIGIH tanpa penat lelah dan tanpa merungut ketika melalui kesusahan dan cabaran pada peringkat awal dulu. Ada yang terpaksa berkorban masa dengan keluarga, terpaksa travel jauh, terpaksa berkorban masa tidur, dan macam-macam pengorbanan lain untuk menjayakan bisnes ini.

Jika anda baru memulakan bisnes ini, laluilah apa jua cabaran dalam membina bisnes ini sebab ia prasyarat untuk BERJAYA. Anda kena lalui susah dulu sebab kemudian anda akan mendapat kesenangan, seperti surah Al-Asr: "Sesungguhnya selepas Susah akan ada Kesenangan". Janganlah anda manja diri dengan tidak mahu melalui cabaran, kini mungkin cabarannya berbeza dengan kami dulu- ada cabaran yg berupa orang jahat yang cuba main harga(mereka ini pengecut!) dan ada cabaran persaingan dari produk-produk lain dan pelbagai cabaran lain. Hidup ini kalau tiada cabaran maka tidak lah seronok sangat. Takkanlah kejayaan datang bergolek dengan mudah! Kenalah lalui cabaran untuk berjaya! Itupun ramai yang merungut!

Yang Paling Penting sekali ialah anda mesti kejar Target Royalti supaya anda dapat Royalti Kali ini (akan diadakan pada 25Julai 2009 nanti). Kalaupun anda tidak dapat dalam BEG, cuba dapatkan Royalti dalam uncang seperti gambar di atas.

Uncang Biru 300 tin
Uncang Merah 600 tin
Uncang Emas 1200 tin

Kiraan PV Royalti adalah dikira dari semua jualan dalam grup anda dari Mac-April-Mei dan Jun.
Binalah rangkaian anda sebesar mungkin, bantu seramai mungkin yang nak dapatkan Royalti.

Apabila anda dapat uncang pada kali ini insyaAllah pada Royalti akan datang insyaAllah anda akan dapat Royalti November dalam beg, berapa RM? Anda tentukan! Ada orang yang dah buat dalam masa 6 bulan dapat RM80,000 wang royalti dalam beg! Ada yang banyak dapat ada yang sikit dapat semua bergantung kepada usaha masing-masing.

Teramat PENTING untuk anda cuba mendapatkan ROYALTI kali ini. Jika bekerja dengan syarikat swasta atau Kerajaan, mungkin anda akan dapat Bonus Beratus ribu hanya sekali semumur hidup iaitu ketika pencen. Tapi dalam BISNES ini anda ada PELUANG untuk dapat ROYALTI BERATUS RIBU setiap 4 bulan!! Bukan sekali seumur hidup ya!!

Untuk mereka yang baru membina perniagaan ini, jadikan ROYALTI ini sebagai WANG BONUS EXTRA untuk anda seisi keluarga! ye lah kalau dah dapat RM2000 hingga RM10,000 extra boleh lah buat macam-macam, takperlu lah berhutang dengan Ah Long!

Akhir kata, tingkatkan aktiviti bisnes anda pada bulan ini, lakukan approach, buat personal presentation, group presentation, jual susu Alpha Lipid kepada yang memerlukannya, tajalah rakan-rakan baru ke dalam bisnes, jumpalah leader anda untuk personal coaching dan lain-lain aktiviti untuk memajukan bisnes anda, kurangkan tidur, kurangkan membazir masa kepada perkara tidak berfaedah, masa adalah EMAS, ia hanya datang sekali seumur hidup.

Selamat Berjuang rakan-rakan ku!

Pejuang takkan Mengaku Kalah! Berjuang sehingga saat terakhir!

Wan Hamidi Wan Sulaiman
Diamond Executive
Kini di Kota Bharu Kelantan
504pagi Jumaat 5Jun2009

Wednesday, June 3, 2009

Ilmu Lebih Penting dari Wang...wang bukan segalanya. Tuntutlah ilmu..


Pembaca yg budiman,

saya kini bercuti di Kota Bharu Kelantan utk menghadiri kenduri dan sambil berjumpa sanak saudara. Ambillah peluang musim cuti sekolah untuk berjumpa orang tua anda dan juga saudara mara. Jika ada wang lebih, bantu mereka yg susah di kampung halaman.Jika tidak ada wang, sedekahkan senyuman dan berkongsi cerita gembira dari kota.

Sambil-sambil bercuti pun kami sempat buat bisnes lagi sebab bisnes Alpha Lipid ni boleh dibuat di mana-mana, tiada batasan tempat dan tiada batasan masa.

Esok Jumaat 5hb Jun 2009 akan diadakan Bio-Rejuv launching di Hotel New Pacific Kota Bharu bermula jam 230petang. Jutawan Nik Hafiz akan berkongsi idea bagaimana meningkatkan jualan dan bonus anda melalui produk baru ini dan juga ilmu-ilmu yang penting untuk berjaya.

Esok petang juga kami akan menghadiri jemputan kenduri kahwin Emerald Farhila dan suaminya di Km8, Jln Kuala Krai, KB. Beliau adalah pasangan Alpha Lipid yg berpendapatan 5 angka sebulan. Dengar khabar next week mereka ke Jakarta bersama kami ke sana sambil berbulan madu...

Ahad nanti di PWTC, Kuala Lumpur, Success School dan Bio-Rejuv Launching akan diadakan dari Jam 9pagi (bayaran rm150 tiket) Makan Minum Lunch dan tea adalah Percuma. Sila Daftar dengan Ofis NZ New Image selewat-lewatnya Jumaat 6ptg 5hb Jun2009. Jika tidak, hubungi leader anda.

Kehadiran ke Majlis seperti Success School adalah penting untuk Kejayaan anda. Anda perlu ilmu untuk berjaya dalam bisnes ini. Ilmu perlu dipelajari dari leader/pemimpin yang telah berjaya dalam bisnes ini. Apa yg mereka ajar adalah perkara yg mereka telah lakukan untuk berjaya.

Samalah seperti seorang PILOT, jika nak berjaya jadi pilot, mereka perlu lalui banyak kelas ilmu dan training dan peperiksaan untuk berjaya. Mereka lalui proses pembelajaran dan training.

Samalah dengan BISNES ALPHA LIPID ini, anda perlu pelajari ilmu bisnes ini dan jika anda serius betul-betul anda perlu ikuti sesi Bisnes Presentation, Success School, Coaching, Training dan lain-lain yang disediakan oleh syarikat atau oleh Leader dalam bisnes ini.

Jika anda betul-betul NAK BERJAYA dalam bisnes ini, sila ikuti sesi SUCCESS SCHOOL Ahad ini 6Jun 2009 di PWTC. Kami sedang berkembang pesat dan memerlukan lebih ramai serius business partners di Malaysia, Indonesia dan Singapore.

Sekian

Wan Hamidi
Kuala Lumpur