Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tahun Baru 2010! Azam Baru! Hidup Baru!


Kepada para pembaca blog yang budiman, mohon maaf kerana tidak dapat update blog ini kerana khidmat talian streamyx terputus sejak 3 hari lepas. Betapa pentingnya sekarang kita perlukan talian internet yg sudah menjadi keperluan harian. Sukar hidup tanpa capaian internet. Ini adalah akibat sistem yang tergendala oleh pihak TM Streamyx.

Oklah kita sudah mengakhiri tahun 2009 yang penuh peristiwa yang jauh lebih baik dari tahun 2008 yg lalu. Banyak perubahan dalam hidup kami dan juga rakan-rakan seperjuangan di dalam rangkaian bisnes Alpha Lipid Lifeline.

Jumaaat ini kita menyambut tahun baru 2010, saya ingin mengucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2010". Semoga ianya akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2009.

Selain meletakkan azam-azam baru, marilah kita sama-sama berdoa kepada ilahi agar hidup kita lebih baik dari tahun sebelum ini dan mohon dijauhi dari malapetaka dan ujian yang tidak dapat kita tangggung.

InsyaAllah jika anda membuat keputusan untuk bersama kami bagi mencapai tahap kewangan yang lebih baik atau ingin memperbaiki diri (personal development) dan juga memperbaiki status hidup anda ke arah yg lebih baik, maka eloklah mulakan pada tahun ini. Jangan biarkan masa berlalu tanpa anda melakukan perubahan ke arah yg lebih baik.

Saya begitu yakin bahawa tahun 2010 adalah tahun yang lebih baik dari segi perkembangan bisnes Alpha Lipid Lifeline kerana tahun 2010 adalah tahun ke-3 dalam proses perkembangan bisnes kami di seluruh Malaysia dan tahun 2010 adalah fasa perkembangan ke luar negara spt Indonesia, Thailand, Japan dan Filipina. Manakala produk baru Slim Diet II semakin mendapat sambutan hangat.

InsyaAllah semakin maju lagi! Elok sangat jika anda bersama-sama kami maju ke depan!

Akhir kata "HAPPY NEW YEAR 2010"!

Sekian

Wan Hamidi
Diamond Executive

0 comments: