
647 am 4Syawal1430 bersamaan 23September2009
Saya kini masih beraya di Kota Bharu Kelantan. Eloklah sangat di hari lembaran ini kita kunjungi sanak saudara yang kita jumpa sekali sekala. Ambillah peluang cuti raya ini kita lawati orang-orang tua kita seperti nenek moyang kita yang masih hidup, mereka di zaman dulu pernah lalui susah payah sewaktu bumi kita dijajah. Kita pelajari dari pengalaman mereka agar kita menjadi generasi yang lebih maju untuk anak-anak kita pula.
Sewaktu beraya di kampong halaman saya, saya perhatikan banyak perubahan berbanding 30tahun dahulu (tahun late 70s). Antara perbezaannya ialah:
DULU:
1. Yang mampu miliki kereta hanya 2-3 orang sahaja di kampong saya, itupun yang bekerja guru spt ayah saya dan pak sepupu saya.
2. Talian telefon rumah pun belum ada lagi waktu tu, tahun 80an baru ada telefon rumah.
3. Televisyen belum ada lagi waktu itu, Cuma ada di rumah mak sepupu kami, so kalau nak tengok cerita Hindustan atau Combat atau Chips kena gi kongsi rumah mak sepupu di sebelah rumah kami.
4. Dulu bidan datang ke rumah jika ibu-ibu nak melahirkan anak, sebab di hospital tidak ada doctor lagi..
5. Yang dapat kerja kerajaan spt Guru amat dihormati masyarakat dan memiliki status yang hebat di kampong halaman.
6. Yang dapat sambung belajar ke university hanya mak sepupu saya seorang sahaja.
7. Makanan- ikan lebih murah dan berbanding ayam. Dulu ikan kembong hanya rm5sekilo, ayam jarang-jarang kami makan (seminggu sekali sahaja pun kira dah mewah).
KINI:
1. Kini setiap rumah hampir ada 2-3 biji kereta!
2. Kini hampir setiap orang ada handphone sendiri malah ada yang ada 3 biji handset sendiri! Internet access broadband pun dah ada di kampong.
3. Setiap rumah sudah ada televisyen siap dengan ada ASTRO lagi-“macam-macam ada”
4. Ibu-ibu semua melahirkan anak di hospital dan disambut oleh doctor yang terlatih.
5. Pekerjaan guru bukan lagi memiliki status tertinggi masyarakat, kini mereka lihat ahli perniagaan lebih hebat statusnya.
6. Kini ramai anak-anak muda dapat menyambung pelajaran ke university malah ada yang dari kampong kami memiliki PhD.
7. Makanan- kini pelbagai makanan kesihatan ada. Ayam menjadi makanan harian, tapi kebanyakan ayam adalah ayam 'proses'. Dulu makan ayam peliharaan sendiri-"ayam organik" pelihara sekeliling rumah aje.
Banyak lagi perubahan telah berlaku di kampong halaman kami, tapi apa pun dunia telah berubah, cara kita mencari rezeki pun sudah berubah. Yang tidak berubah adalah asal kita, kita manusia berasal dari rumpun yang sama, kita semuanya asal dari Nabi Adam dan Hawa.
Di kampong saya, kebanyakannya adalah sanak saudara kami belaka, mungkin nenek moyang kami dulu datang meneroka kampong ini pada awal tahun 1700masihi lagi mereka semua bersaudara. Sebab itu setiap kali raya kami akan kunjung mengunjungi rumah sekitar kampong dan yang uniknya di kampong kami walaupun ada yang memiliki pegangan politik yang berbeza, kami sanak saudara tidak pernah berbalah sesama sendiri pun.
Itulah harmoninya suasana kampong halaman, tempat asal kami. You should never forget your roots, u have to make sure your roots are strong so that u would not fell down if u go out to face the world. Dunia sekarang penuh cabaran, ada pemimpin yang korupsi, persaingan yang sengit dan macam-macam ancaman lagi. Perlu ada jati diri dan pegangan agama yang kuat untuk mempertahankan generasi kita agar kita bisa maju ke depan lagi.
Sekian dulu coretan saya di hari raya ke-4 ini, makluman untuk warga Alpha Lipid, hari ini BP-Bisnes Presentasi di Wisma Sejarah, Jln Tun Razak, Kuala Lumpur TIDAK ADA kerana masih ramai lagi beraya di kampong halaman.
Ambillah kesempatan cuti raya ini untuk menziarahi orang-orang tua, sanak saudara supaya silaturrahim dipereratkan, yang jauh didekatkan yang keruh dijernihkan, salam
hari raya maaf zahir batin dari saya.
WAN HAMIDI WAN SULAIMAN
Kampung Boy
0 comments:
Post a Comment